Wednesday, December 30, 2009

Selamat Tinggal

Selamat tinggal hanya untuk masa yang telah berlalu,
Namun segala yang telah berlaku akan melengkapi jiwa ini,
Hati ini,
Akal ini,
Deria ini,
Sentuhan ini,

Parut kekal,
Tulisan diri separa sedar yang akan selalu menasihati aku,
Menaikkan makam aku ke satu aras lebih tinggi,
Seiring dengan kiraan umurku.

Maafkan aku diatas segala yang terjadi,
Itu kadang-kadang bukan kehendakku,
Jangan jadikan ia pahit untuk dirimu,
Terbanglah.. Sebagaimana aku mahu terbang..

2010

Ini kali terakhir aku akan melihat diri aku sebegini,
Ini janji aku,
Dan aku jarang berjanji dengan diriku kerana aku tahu ia sesuatu yang berat,
Lebih berat dari junjungan batu buatan untuk piramid...

Moga tercapai apa mahuku terkemudian..

Amin.

...

Tuesday, December 29, 2009

Pening

Banyak sangat benda jadi tahun ni..
Sabar, redha..

Mulakan tahun baru dengan perjalanan hidup hebat!
Weekend pertama pergi singapore,
Weekend kedua ke surabaya,
Abes duit aku..

Tapi aku takut nak ke indon tak tahu nape..
Aku takot dengan gempa bumi,
Aku pergi dengan mak aku,
Kalau jadi pape, aku mahu mati di samping ibu aku,
Akan aku serahkan jasad ini dalam mempertahankan mama.

Moga selamat,
Amin..

Aku III

Aku mahu terbang,

Sayap? Check!
Google? Check!
Tangki oksigen? Check!

Aku mahu tidur di bintang-bintang malap,
Sleeping bag? Check!!

Menyinarinya..

Thursday, December 24, 2009

Diri ini

Aku tidak layak...
Untuk bermadah,
Untuk merasai,
Untuk melihat,
Malah untuk bermimpi sekali pun.

Aku hanya getaran zarah hina,
Dipeluk sifat melankolia,
Berpadu dengan susuk tubuh dalam pelukan sendiri,
Tanpa kehadiran getaran zarah lain.

Biarkan aku minggir dalam gerakan troli gila ini.
Menuju bayang kelam pada bulan terang.

Biarkan aku bersinar dulu sebelum menyuluh zat lain..

...

Friday, December 18, 2009

Tahukah kamu?

Bukan semua orang akan faham entri kali ini,
Dan aku menulisnya dengan penuh rasa perit dalam dada,
Dalam masa ini.. Walau aku tersenyum atau tiada sekumit riak dimuka aku,
Hati aku meronta-ronta untuk menangis...

Pedih, Perit,

Kamu tahu tak?
Aku tidak bernilai untuk dicurahkan segala darimu,
Aku tak sanggup untuk dibelanja, di beri apa-apa hadiah kerana aku rasa ia lebih baik untuk diberikan kepada dirimu atau keluargamu.. Aku masih lagi tidak berguna untukMu,untukmu, mahupun untuk diriku sekalipun.
Aku masih lagi lemah dan tidak mampu menjagamu.. Aku lemah dalam ingin mendidik kamu..
Aku masih lagi sampah.. Berbau busuk sehingga diriku sendiri tidak mampu menanggung bau itu..

Tahukah kamu.. Jangan membuat andaian sebelum bertanya dan menilai.. Lihat tarikh kejadian sebelum kamu membuta tuli memendam rasa. Tanya padaku jika inginkan kepastian. Jangan berpura-pura ketika aku bertanya. Segala yang berlaku terjadi sebelum perjanjian dimenterai. Aku tidak mengkianati perjanjian itu. Kejadian itu berlaku sebelum perjanjian dan peluang yang diberi. Aku mencuba dalam perjanjian ini, untuk melihat apa yang aku rasa. Aku masih menyimpan msg itu hanya sebagai pemberi semangat. Aku jatuh agak teruk pada masa itu. Segelintir sahaja yang tahu. Tapi aku sangat cepat bangkit.Dan ia tidak termasuk 3 orang yang membuatkan aku sebak bila memikirkan peristiwa itu lagi. Sila teliti segala yang terjadi dan bertanya jika ia menganggu hatimu. Sila lihat tarikh sms tersebut sebelum kamu menitiskan air mata untuknya.

CS dan A hanya kawan baru. Mereka tidak termasuk dalam mana-mana bahagian. Mungkin aku bersalah dalam meletak tanda '2' dalam satu perkataan itu. Bahagian itu aku bersalah dan aku meminta maaf.

Aku tidak lagi akan menganggu kamu.. Aku tahu kamu masih lagi sakit. Dan akan bertambah sakit bila aku muncul.. Biarkan aku pergi dalam kabus tebal dalam sinar cahaya matari terik. Hilang walau disuluh mentari cerah. Aku tidak mampu jika melihat kamu menitiskan air mata keranaku. Aku sakit, dan aku sedih. Aku cuma mahukan kamu gembira. Sesuatu yang aku tidak mampu berikan dengan kehadiranku.

Jika aku bersalah, aku mohon maaf. Sedalam-dalam hatiku.
Aku juga tidak pernah lupa memaafkan setiap makluk yang membuat apa-apa untuk diriku.
Kerana aku tahu, aku juga makluk ciptaan, lemah dan banyak bersifat nafsu.
Aku hanya memiliki iman yang sangat nipis.

Kenangan ini, walau hanya seketika, ia memberi sesuatu yang sangat mendalam dalam kehidupan aku. Sekarang aku sudah tahu maksud peristiwa ini. Terima kasih atas segala-galanya.

Terbanglah..
Kamu ada kehidupan yang lebih baik dihadapan..
Bergembiralah..

Kamu masih lagi cahaya mata indah pemain peristiwa kehidupan aku..

Friday, December 4, 2009

Melankolia

Melankolia..
Ia bagai sudah sebati dengan aku...
Satu perkataan yang menerangkan kehidupan aku untuk 2 tahun ini..
Dan aku telan jadikan ia sahabat aku..
Peneman setiap langkah idea kehidupan aku..
Membuatkan aku melihat sesuatu dengan lebih prejudis,
Dengan lebih teliti..

Melankolia..
Aku macam sudah susah ingin berjauhan dengannya..
Ia membuatkan aku lebih dekat denganNya..

Alhamdulillah..

Thursday, December 3, 2009

End of year..

Dalam masa 28 hari ni,
Aku nak kosongkan hati aku.,
Aku akan lebihkan kerja akal aku,
Meneliti, berfikir dan menilai,
Menolong hati aku yang dah letih bekerja selama ini,

Malam ini akan buat solat sunat yang tak pernah aku buat,
Akan akan serahkan segala keputusan padaNya.

Tetiba aku kusut, perit hati tu datang balik,
Aku tak tahu apa maksudnya..

Tolong doakan aku mampu melihat cahaya bintang kemudi horizon hidup aku.

Sunday, November 22, 2009

Hidup

Hidup ini tidak selalu indah,
Tapi indah itu pasti datang selepas duka,
Kuasa Tuhan memang tidak dapat disangkal,

Bila diberikan rasa kosong itu,
Kita mula berfikir akanNya,
Jika tidak wujud rasa kosong itu,
Pasti kita sering melupakanNya,

Segala derita,
Segala air mata,
Segala peristiwa,
Segala kebahagiaan,
Segala rasa bersalah,
Segala rasa cinta,
Akan menunjukkan satu saja arah...

Allah

Jangan mempersoalkan kenapa keburukkan sering berlaku kepada kita,
Ia menunjukkan Allah masih mengingati kita,
Jarang pula kita mempersoalkan kenapa kebahagiaan itu berlaku pada kita,
Walhal keburukkan dan musibah itu yang menguatkan kita.

Hanya Allah yang sering bersama kita setiap detik..

*Pesan Hatiku padaku*

Monday, November 16, 2009

Kepulan hitam..

Kamu wujud dalam zarah gelap memeluk diriku,
Aku tak mampu menepis kamu,
Hembusan nafas kuatku juga memisahkan kita sementara sahaja,
Kamu tetap kembali menyelubungiku..

Ape masalah kamu dengan diriku?
Aku pernah menikam jiwamu dengan kekasaran?
Atau aku pernah meludah wajahmu dengan kekecewaan?
Sehingga kamu seperti melekat dengan jasadku.

Tolong minggir,
Aku mahu lihat cahaya mengiang itu lagi,
Aku mahu bergerak dalam kemudi arah itu,
Tolong jangan pesongkan aku.

Hati: "Kamu tidak nampak?"
Aku: "Nampak apa?"
Hati: "Kekuatan kamu sekarang?"
Aku: "Kenapa dengan kekuatan aku?"
Hati: "Kamu rasa, kamu boleh dapat kekuatan sebegini kalau awan hitam ini tidak hadir?"
Aku: "Mungkin?"
Hati: "Ahh! Tiada perkataan mungkin bagi seorang pejuang! Tanpa awan hitam ini kamu hanya manusia lemah, dia yang menguatkan kamu, dia yang menghasilkan tenaga ini. Jangan kamu merayu ia minggir! Jadikan ia sahabat, jadikan ia pakaian kebal kulit bogel kamu itu!"


*Terima kasih hati*

Sunday, November 15, 2009

Wahai Bintang..

Kamu tahu apa itu kesedihan?
Tak tahu kan?
Sbb kamu tetap akan bercahaya setiap masa,
Sampai kamu mati...

Ah~! Aku sangat mengagumi kamu,
Boleh ajarkan aku ilmu itu??


*Secepat mungkin ya~*

Friday, November 13, 2009

Peralihan

Walau aku tahu blog ini mmg sunyi,
Tapi aku suka,
Sunyi membuatkan aku lebih banyak berfikir,
Tapi aku dah dijemput untuk menulis di dalam satu blog berkumpulan..

Bahasa aku masih parah,
Tapi aku akan memberi yang terbaik,
Terima kasih kepada jemputan,
Aku sangat gembira..

Nukilan aku akan aku berikan ke http://pintusukasukahati.blogspot.com/

Tapi blog ini akan aku tetap cuba menulis,
Mungkin dengan kata-kata yang lebih ringkas,


Kepingan warna pelangi aku semakin banyak aku jumpa,
Walaupun warna-warna yang biasa,
Dan warna kegemaran aku belum lagi tiba,
Tapi aku suka akan pergerakan...

Sunday, November 8, 2009

Perihal manusia

Lupa..
Khayal..

Dengan masa...
Yang dianggap perkara remeh..

Demi masa..
Sesungguhnya manusia itu berada dalam keadaan kerugian..

Aku sangat takut..
Aku tiada satu lagi serpihan tunggal yang boleh membuatkan aku rasa sempurna..

Aku sangat perlukan serpihan itu setiap masa untuk semangat aku..
Aku tiada semangat..

Aku lemah..
Aku diam membisu..

Tuhan..
Berikan cahaya pelangi dalam kalut ribut ini..

...

Saturday, October 24, 2009

Masa telah tiba..

Akhirnya.. Aku dapat merasakan masanya telah tiba..
Dari sudut pembuktian..
Dari pandangan mata jijik dan hina terhadapku..
Dari harapan lama yang telah lucut dari jiwa..

Beredar aku dari demiliterisasi ini...
Bebas dalam mengejar pelangi impianku..
Walau belum lengkap sepenuhnya..
Aku perlu bersedia dalam mencari kepingan terakhir itu..

_________________________________________
Ahh.. Aku sebenarnya sudah tidak kesah dengan kepingan itu lagi..
Aku kesah tentang diri aku ...
Aku sudah punya keluarga, teman, sahabat...
Aku cuma perlu bersedia..
Agar peristiwa sama tidak lagi berulang..


Terima kasih..

Tuhanku..

Sunday, October 18, 2009

Bila~

Sungguh susah difahami segala tingkah lakuku..
Kerana aku seorang yg sukar ditafsirkan..
Aku jarang menceritakan kepada makluk akan fikiranku..
Segala macam pekara yang aku akan lakukan..

Mungkin kamu mampu menghafal gerak yang aku lakukan..
Tapi itu tidak semua..
Minda aku sangat senang berfikir segala kemungkinan..
Segala macam perihal mungkin aku lakukan..

Tapi ..

Aku lakukan ini untuk kamu..
Dan aku gembira dengan kebangkitan kamu..
Aku tidak mahu aku lagi menjadi pecahan kaca tajam penikam jiwa..
Kerana aku tidak lagi mampu menjadi inderaloka mu..

Aku hanya kabus gelap penelan pancaindera kamu..
Tapi aku tahu.. Selepas berakhirnya kabus gelap ini..
Kamu akan gagah laksana badang pemakan muntah jin..
Rohaninya..

Biarkan aku lengai di sini..
Aku mampu menahan segalanya..


Teruskan lah wahai cahaya mata indah..

Teruskan..

...

Monday, August 24, 2009

Tolong..

Tolong..
Padamkan gelisah hati ini..
Seperti air terjun niagara yang tak henti-henti bergasak..
Seperti sedutan lohong hitam di horizon langit..
Terus menerus bergerak tanpa titik noktah..

Akukah yang memilih?
Ada sesuatukah zat jahat yang telah aku laksanakan??

Ini bukan aku..

Ini bukan mahuku..


...

Saturday, August 22, 2009

Biarkan tembok ini terus bertahan.

Semua ini salah aku..
Kerana aku takut..
Aku menahan gigilan tangan untuk menulis coretan baru dalam buku hidupku..
Walhal mata ini terus bertahan walau terkena habuk kaca..

Tapi aku terpaksa jua..
Kerana aku masih tidak kuat..
Aku tidak daya melihat air mata dari seorang wanita..
Aku tidak mampu membuatkan kamu bahagia..

Aku akan tetap tersenyum dari jauh agar kamu mampu tersenyum..
Senyum dalam kebahagiaan..
Bukan senyuman paksa untuk aku bahagia..
Kerana aku tidak mampu mengikat kotak hadiah sebegitu untukmu..

Aku dijadikan sebagai pelindung, bukan permusnah kamu..
Menyebabkan aku kecewa dengan diri ini..
Biarlah tembok ini terus dibina..
Walaupun ia bagai membakar ilustrasi seni pelukis agung..


Aku tidak mahu lagi,


Mendengar kutukan dari malaikat langit untukku..

...

Saturday, August 8, 2009

Api

Amarah itu api..
Dan api itu syaitan..

Mungkin aku membesar dengan api didalamku,
Membuatkan sekarang aku lebih senang berfikir apabila ia hadir.
Manusia yang kuat adalah orang yang boleh menahan amarahnya,
Kadang-kadang, aku bukan manusia itu...

Aku sering rasa nak tinggalkan semua apa yang aku ada sekarang,
Mulakan hidup baru,
Dengan nafas baru,
Kerana aku akan kecewa dengan persekitan aku...

Tapi.. Bagaimana baru pun aku ubah,
Walau lahir dengan ziodak berlainan pun aku wujud,
Dunia akan tetap sama,


Sekarang,
Lebih baik aku hidup untuk diri aku sahaja,

Aku tidak kesah berseorangan...


...

Thursday, August 6, 2009

Aku siri II

Aku bagaikan segitiga mustahil Oscar Reutersvärd.
Sangat susah ditafsirkan.

Aku yang bersalah.
Aku tak sepatutnya.
Mungkin tangan ini sudah banyak dosanya.
Mungkin hati ini sudah tiada pelanginya.

Tangan ini sudah tidak mampu mencapai cahaya.
Nampaknya tiada lagi kebaikan dalam sistem jiwa.
Tak mampu aku merasai naluri hati yang telah dicatat sejak masa azoikum.
Satu rasa suam, rasa yang menghangatkan dingin jiwa.

Berlayar tanpa arah,
Tanpa melihat kelipan bintang trapezium yang sering menjadi kemudi pelayar silam.
Walhal ia sering menjelma di horizon langit.
Sesat?

Tuhan..
Jangan biarkan tangan ini leka dari menadah simpati darimu.
Jangan biar dahi ini lekang dari tanah ibadatmu.

Tiada yang mustahil untuk sesuatu.
Pasti ada jawapannya.
Walau aku tahu jawapannya.
Jauh disatu ruang minda...


...




Wednesday, July 15, 2009

Bergembiralah kamu..

Aku masih lagi memegang jamung api ini..
Menyuluh-nyuluh hutan gelap..
Mencari jalan keluar menuju cahaya ufuk..
Menahan gigitan nyamuk yang rakus..

Jamung pegangan aku hanya mampu menyuluh kurang dari deria lihat aku..
Aku terkapai-kapai memegang dahan pokok yang ampuh menahan gelora alam..

Bergembira la kamu dengan firasat kamu..
Tanpa pernah kamu tahu apa mahu ku..
Tanpa pernah kamu tahu kenapa ku kesedihan..
Hanya kebahagiaan sendiri yang kamu lihat..

Aku ...???
Macam mana??


Pernah kamu mahu mengembirakan aku..??

*tsssk*

Dunia..

...

Monday, July 13, 2009

Kamu takkan pernah mengerti..

Weekend lepas aku pergi midvalley..
Hantar gambar kepada kakak aku untuk slide show kawin die..
Depan speedy video aku tgk ramai gile orang, selepas nyelit-nyelit pandangan mata kat dalam..
Baru aku tahu.. Video Micheal Jackson ngah dimainkan..

Kalau micheal Jackson masih hidup, sure orang buat bodo je lalu depan tu..
Aku tak tahu apa yang dipikirkan mereka..

Dan kamu juga takkan pernah ingin mengerti apa yang aku inginkan..
Mungkin sebab aku bukan jenis yang suka meluahkan semua yang ada didalam ni..
Jika kamu fikir, kamu tahu semua tentang aku..
100% aku yakin, yang kelihatan itu hanya cebisan kecil dari berbilion benda yang aku fikirkan..

Dan kamu.. Masih kamu.. Terlalu mengikut emosi kamu..

And im still walking with this wounded..

Mungkin hanya itu yang aku perlukan..

...

Sunday, July 5, 2009

The ghost..

Aku mendengar lagu ni berulang-ulang pula...
Haih~



maybe those ghosts had been mine all the time

Thursday, July 2, 2009

Terbanglah..



Kepompong ini terlalu keras untuk aku pecahkan..

Menghitung hari tanpa membuat apa-apa hanya akan merosakkan sayapku untuk terbang..

Aku perlu lekas mengait sayapku..

Lekas..

Secantik-cantiknya..

Tapi, bersenikah tanganku menghiasinya ???



Wednesday, July 1, 2009

Jalan

Aku menarik satu rumput yang cantik..

*Berjalan-jalan.. *Berjalan-jalan*..*

Aku lihat keliling.. Aku menarik rumput lain pula yang menarik hati aku,
Aku buang rumput tadi..

*Berjalan-jalan*..
Aku mengulangi prilaku itu sampai ke hujung padang...

Akhirnya;
Aku sedar.. Ramput yang ke berapa belas tadi yang paling aku sukai..
Aku buang rumput terakhir aku pegang.. Tapi,
Perjalanan ku tak boleh diundur..

Aku menangis.. Aku takut... Aku tiada kudrat untuk memutar waktu..
Begitulah aku keseorangan mati..

Walau sekarang aku masih belum berada di hujung padang..
Tapi aku takut untuk memilih rumput-rumput didepanku..
Aku takut pilihan aku salah.. Aku takut aku akan menyesal..
Dan yang paling aku takut, Aku takut aku akan mengecewakan rumput itu kala aku membuangnya..

Aku tak sanggup melihat sebarang air mata tumpah kerana aku..


Aku tak sanggup..

Wednesday, May 27, 2009

Aku

"Aku tidak akan kusut lagi jika aku seorang yang kuat dan hebat. Untuk aku hidup dengan keseorangan. Aku pasti akan menjadi lelaki yang paling hebat didunia ini"

Dulu.. Aku pegang pada ayat ini..

Tapi itu dulu..
Aku tak kuat dan hebat..
Aku masih tidak boleh hidup dengan keseorangan..
Dan aku tidak akan menjadi lelaki paling hebat didunia ini..

Aku hanya duduk apabila dikenakan rejaman dunia..
Aku lemah.. Kosong ..
Bagai daun nan kering mengikut rasa angin..

Sekarang aku perlu bangun..
Aku mahu melihat orang-orang disekeliling aku ketika aku jatuh..
Adakah mereka yang menghulurkan tangan..
Atau mereka yang bertepuk tangan melihatku..

Aku tak perlu menjadi lelaki paling hebat didunia..
Aku hanya perlu kuat, dan berlari tanpa keseorangan..
Itu sudah cukup..

Aku sujud kepada-Nya..
Meminta dikuatkan aku..
Dan aku tahu, doa aku pasti akan diterimanya..

Tuesday, May 26, 2009

Mencari

"Maka sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan. sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" - Al-insyirah 5-6

Kesusahan akan diiringi dengan kesenangan ..
Tidak kira apa itu kesusahan.. dan apa itu kesenangan yang menyusul..
Pasti ada benda yang tersirat disebalik yang terjadi..


2 kali Allah menyebut ..


Aku harap aku menemuinya..
Aku harap..

Monday, May 25, 2009

die juga meninggalkan aku..

Dalam kehidupan.. Aku mmg takleh lari dgn masalah..
Aku pernah tempuhi byk masalah...
Keluarga.. Wang.. Kecelaruan jiwa dan lain2..
Dalam masa 2 tahun ni juga Allah uji aku dengan lebih byk ujian..
Perasaan aku mmg selalu diuji..
Moto aku hilang, bukan 1 , tapi 2...
Laptop aku kena curi..
Orang yang aku suka tak menerima aku..
Aku menyebabkan seorang gadis yang menyukai aku menangis..
Aku melepaskan seorang gadis yang aku sayangi..
Masalah dengan study, dengan duit takyah cakap la..


Tapi,
Dengan hasil titik peluh aku sendiri aku beli sebuah camera dslr..
Semua masalah tu akan hilang bila aku memetik 'shutter'..
Aku berada dalam dunia aku sendiri..
Aku puas bila dapat mengabadikan peristiwa ke dalam sebuah gambar..
Aku tidak kenal erti penat, lenguh, sakit..
Semuanya akan hilang ketika itu..
Tapi, nampaknya , Dia juga meninggalkan aku..
Bersama hanpon yang aku sayangi..
Mereka bersama-sama aku kemana saja aku pergi selama ini..
Dan aku sayang kedua-duanya..

Celaka ko pencuri!!!!

Sekarang aku tak punya apa-apa..
Nampaknya.. Tiada yang kekal bersama aku..
Aku cuma ada AKU, kereta mak aku, dan beberapa kawan yang aku percayai..

Selamat tinggal 40D, selamat tinggal LG..
Ketahuilah.. Korang satu-satunya benda yang aku sayang..

Sunday, May 24, 2009

Aku ingin mendengar lagu ini sambil menaiki awan guling terbang mengelilingi dunia melihat kehidupan

Aku mendengar lagu ini berulang-ulang untuk tido...
Meneliti segala kisah yang pernah dilalui..
Menghayati segala peristiwa yang telah ditempuhi..
Dengan harapan dunia masih cerah dihadapan..
http://www.youtube.com/watch?v=o258cJAHeCo





Kamu sangat 'sweet'..


Rilek gop.. Tahan.. Tahan..
Banyak benda lagi ko kena buat sebelum ko kejar 'itu'..

Thursday, May 14, 2009

Benih

Otakku bagai kotak yang penuh dengan geligat masalah kesana kemari..
Jiwaku bilau dengan puluhan rasa gelap mencari cahaya..

Ahhh, persetan sama itu semua?!

Aku tidak lagi debunga kecil..
Ditiup entah kemana sahaja..

Aku benih yg sudah hidup..
Tumbuh dengan usaha sendiri..
Tumbuh tanpa ada pertolongan dari kudrat lain..
Sehingga tinggi melangit, menjadi entiti mewarnai alam..

Kerana aku..


Adalah sesuatu..

Monday, May 11, 2009

Aku melangkah ..

Aku kena melangkah..
Walau lemah..
Walau lapar..
Walau kepinginan..

Aku lihat kanan..
Kedai makanan mewah..
Aku lihat kiri..
Kedai pakaian indah..

Tapi aku tahu..
Aku belum bersedia untuk itu..

Hati aku kosong..

*pelahan-lahan *pelahan-lahan
Aku dongak ke depan..
Aku tahu aku kena ke hadapan..
Kalau tidak, Aku hanya bagaikan perahu indah yang bocor..
Dilihat cantik, ingin didekati, tapi bila dinaiki,
Disumpah seranah, dimaki keji..

Aku akan melangkah..
Walau aku rasa kehilangan..

Friday, May 8, 2009

Fuck!

Fuck it's hurt..!!

Aku ingat aku akan ok.. Tapi tak..

Tetap sakit...

Arrrrrrgggghhhhh!!!!

Aku nak pegi naik komuter sorang2..

It's really hurt!

Sunday, May 3, 2009

3

Dalam dunia ni ....
Ada 3 wajah yang aku takleh lupa, dan sering bermain-main dalam otak aku..

Pertama..
Senyuman kasih seorang bapa yang sedang dipeluk erat anaknya di dadanya. Menunggang basikal buruknya dalam dingin malam .. Aku sering mimpikan senyuman itu hadir di bibir aku..
Harta, pangkat atau sebarang kemewahan didunia pun tak mampu berikan senyuman itu..

*Aku hampir menangis melihatnya didalam kereta kerana sucinya senyuman itu..

Kedua..
Air mata seorang kanak-kanak pada malam hari raya
kerana tiada jahitan kain baru untuk dia.. Disampingnya, seorang ibu tua yang sedang meminta sedekah. Untuk meraikan salah satu hari yang istimewa untuk umat islam..Aku ketika itu sedang memberikan wang zakat bapa aku yang berbaki kepada ibunya.

*Aku hampir menangis kerana aku tidak mampu memberikan apa-apa padanya..

Ketiga..
Wajah seorang wanita yang tersenyum dengan air mata mengalir di pipinya kerana dia sangat cintakan aku..

*Aku hampir menangis kerana aku terpaksa lepaskan dia agar dia tidak lagi sakit berada disisi aku yang masih mencari 'siapa aku'..


Dan aku masih lagi hampir menangis apabila 3 wajah ini muncul di dalam otak aku


...

Tuesday, February 24, 2009

Yeehhaaa!

Aku menulis ini dengan tangan terketai-ketai (eireen pinjam perkataan ko..) Dengan adrenalin penuh di kepala aku sekarang aku sangat gembira dengan aktiviti aku awal tahun ini..

Pagi tadi aku dengan rasminya telah mempunyai passport.. Abes Rm 300 aku.. huhu

21/3 - Sunburst 2009 (mighty koRn comming to town !! dedemit..) aku sangat teruja..
14-17/ 4 - Bandung (Jalan2 )
18-21/5 - Guangzhou, China (jalan2)

TBC - to be confirm ke mesir akhir tahun ini..

Aku tahu.. Ramai yang akan cakap.. Poyo la ko ni.. Aku everyday turun naik kapaltebang sana sini..
Aku seorang yang tak banyak naik kapaltebang.. So aku sangat xcited..

Yahoo..

Aktiviti2 ini membuatkan aku tak dapat join Ami dan rakan-rakan ke Uk..
Juga sangat dedemit..
Maybe tahun depan atau 2 tahun lagi aku akan mejejakkan kaki ke sana....

Atau aku tak akan sampai ke sana sampai bila2..

P/s: Nati aku bawakan balik gambar-gambar kenangan dari sana ok..
Hari itu aku tengok PGl (puteri gunung ledang) .. Menarik.. Tapi tiada gambar .. Larangan ketika masuk.. huhu

Wednesday, February 18, 2009

Yeah.. Right..

Senang kan bagi sesetengah orang untuk melupakan ..
Tapi perit bagi kita yang dilupai..
Mereka takkan pernah ingin tahu apa yang kita fikirkan dan rasakan..
Tak pernah pun ingin mencuba..
Dan kemudian pergi dengan begitu sahaja..

Tskk..

Bagi sesetengah orang ia sesuatu yang tidak mudah untuk dilupakan..
Dengan apa yang telah dilalui..
Namun, ia sangat mudah bagi mereka merubah arah jalan mereka..
Dengan sekelip mata sahaja..
3 kali dalam satu tahun..

Tskk..

Mungkin aku pun patut pergi dan lalu jalan aku sendiri..
Keseorangan..
Kosong..
Tak lagi ambil peduli..
Lebih baik dari aku ke jalan yang boleh buat aku rasa lagi benda itu..

Lebih baik..

Mungkin..

..

Tuesday, February 17, 2009

Beraninye ko.. Aku pun tak berani..

Kemarin aku pergi makan sorang2 kat pusanika (Ia merupakan midvalley bagi budak2 ukm, serius!, cuma takde orang shuffle kat kaki lima sambil tepuk tangan ramai2 tengok kawan buat skill) Aku makan sorang bukan sebab aku lonely ke atau aku takde kawan , tapi sebab aku nak pegi cucuk duit je kat sane..dan tiba-tiba tetiba aku lapar.. Aku malas nak suh orang-orang aku follow.. takut jadi kes plak kat sane.. haha.. Budget brother..

Sedang aku syok melantak nasi ngan ayam mahal dan tak sedap kat sana.. Tiba-tiba 'Jeng...jen..jeng..'

Ade seorang minah ni duk sebelah aku.. Aku dah pelik.. Sape plak ni? Cool sangat ke aku makan ayam sampai ko nak tengok ha? Tepi la setan.. Tak selesa aku nak makan la.. Ke ko nak cubit ayam aku dan lari laju-laju sambil menjelirkan lidah memandang aku di belakang dan jerit 'Lu kenabeb?'

Dia hulur satu kertas dan cakap 'Abang.. Kawan saya nak kenal ngan abang .. Nanti free call la no ni ye'

Aku dengan lagak artis cuma ngangguk kepala aku je.. Dia blah je aku tgk kat kertas tu ade no telifon 013****** bla bla.. memori lemah.. Aku mane boleh ingat no telifon dalam sekali pandang la ngok... 'Gelabah gila minah ni.. Pehal die bagi no telifon kat aku ni? Dah la no celcom.. Oit budak!! Bagi la prepaid sekali.. Ingat aku ade kredit ke ...

Sebab aku cool.. Dalam perjalanan pulang tu aku buang je no telifon dalam tong sampah.. Maybe kalau ko ade jodoh, abang cleaner tu akan telifon ko.. Sorry aku takda masa..

Agak-agak, brape no telifon minah ni sebar di pusanika pada hari tu je?
Atau aku sorang je yang dapat hari tu?
Aku puji sikap berani die tu.. Sebab aku pun tak berani buat macam tu...

Perempuan zaman sekarang lagi magnificient siber dari lelaki macam aku ni ..

Haih~

Sunday, February 15, 2009

FuHHHhhhhhh~

Fuhhh..Fuhhh!! ~

Peh.! Berhabuk sangat dah ini blog.. Gile kentang punye pemalas+BZ= WOW (world of warcraft) ... Haha.. Iya.. Akhirnya aku terjerumus kembali dalam dunia Game Online.. dedemit punye orang puteh.. Berjaya mereka menjajah minda aku kembali.. Hoho. Rupa-rupanya darah pahlawan Tok Janggut dalam diri aku ni tak cukup kuat .. Maybe sebab darah tu pun dah bercampur2 dengan orang-orang kampung Tok misai dan Tok tombak ..

Tapi disebabkan Graphic card aku dah rosak.. aku dah tak boleh maen dah.. Suntet.. Nak beli baru aku kategori pelajar tiada wang.. Nak pow my parent rase serba salah plak.. umur dah mampu memberi dua tiga zuriat kepada kaum hawa pun masih mintak duit dari mak bapak.. Rase loser plak aku kekadang tu.. Sekarang ni sekadar mintak bila sangat2 memerlukan je.. Untuk makan contohnya, atau membayar sewa rumah.. Tapi lebihan duit selalunya ada pada tokei wayang atau uncle kfc .. Macam mane derang pukau aku sampai aku boleh bagi kat derang pun aku tak tahu..

Emosi sekarang ni plak .. Hmm.. Dalam keadaan konfius lagi.. Sekian untuk kali ini.. Terima kaseeeyyy.. !