Monday, November 16, 2009

Kepulan hitam..

Kamu wujud dalam zarah gelap memeluk diriku,
Aku tak mampu menepis kamu,
Hembusan nafas kuatku juga memisahkan kita sementara sahaja,
Kamu tetap kembali menyelubungiku..

Ape masalah kamu dengan diriku?
Aku pernah menikam jiwamu dengan kekasaran?
Atau aku pernah meludah wajahmu dengan kekecewaan?
Sehingga kamu seperti melekat dengan jasadku.

Tolong minggir,
Aku mahu lihat cahaya mengiang itu lagi,
Aku mahu bergerak dalam kemudi arah itu,
Tolong jangan pesongkan aku.

Hati: "Kamu tidak nampak?"
Aku: "Nampak apa?"
Hati: "Kekuatan kamu sekarang?"
Aku: "Kenapa dengan kekuatan aku?"
Hati: "Kamu rasa, kamu boleh dapat kekuatan sebegini kalau awan hitam ini tidak hadir?"
Aku: "Mungkin?"
Hati: "Ahh! Tiada perkataan mungkin bagi seorang pejuang! Tanpa awan hitam ini kamu hanya manusia lemah, dia yang menguatkan kamu, dia yang menghasilkan tenaga ini. Jangan kamu merayu ia minggir! Jadikan ia sahabat, jadikan ia pakaian kebal kulit bogel kamu itu!"


*Terima kasih hati*

No comments: