Monday, February 4, 2013

Kongsi

Segala yang kita buat akan mendapat balasan, dosa atau pahala.
Balasan yang kita perolehi adalah secara individu atau berkongsi.
Jika kebaikan, alhamdulillah, jika sebaliknya mohon dijauhkan.
Aku sangat menitikberatkan jika dosa yang dikongsi.
Sangat sangat prihatin kebelakangan ini,
Kerana ia akan lebih cepat tersebar.

Kongsi sesuatu dilaman facebook, jika ia mendatangkan dosa seperti aurat yg terdedah, setiap like, komen akan membentuk rangkaian yang tiada penghujung. Dosa akan terus bertambah selagi ia bergerak di alam maya.
Apatah lagi jika kamu share. Musik atau gambar. Walau ia mendatangkan kebaikan, mendatangkan mesej yang bagus, yang haram tetap haram.

Nampak mudah atau perkara kecil jika share,like atau komen tapi, rangkaian dosa yang terbentuk tanpa henti akan kamu tanggung. Jika kamu penanggung dosa itu.

Aku berundur dari bidang fotografi perkhawinan hanya kerana itu. Walau ia memberikan sumber kewangan mewah. Kerana aku takut ia mungkin penyebab aku ke neraka. Walau si pengantin bertudung, belum pasti ia menutup aurat. Fahami ape aurat itu.

Dosa berangkai tanpa tahu kesudahannya. Fikirkan.