Saturday, September 20, 2008

Vintage!

Tadi, ketika lepak2 bersama rakan2, salah seorang rakan aku mengeluarkan sebungkus biskut dari sakunya.. Ya.. dari sakunya.. *Aku tidak berkawan dengan doraemon .. please la logik sikit minda kamu*

Tahu biskut apa? Biskut teddy!!
Biskut yang berbentuk beruang bewarna coklat tu. Yang salah satu berbentuk N selepas kepalanya dimakan. Dah hampir sepuluh tahun aku tak sentuh biskut ni wei!

Wah.. memang mengenang kembali zaman kecik. Rasa biskut tu takde la sedap sangat hingga membawa kamu ke awan. Tapi cara makannya yang membuatkan gunung berapi meletus dari lubuk hati wooo.!

Makan telinga dulu... Makan kaki kanan dulu.. Makan kepala dulu.. Arrrrgghh!! Aku nak kembali ke zaman dulu-dulu.

Mana nak cari nugget berbentuk huruf2 tu!!!!!

Thursday, September 11, 2008

Kau memang la.. Ishh nak kena tinju?

Kenapa? Kenapa?

Kenapa kau masih lagi tercegap kat situ? Keluar la wahai binatang. Kalau kau duduk je dalam gua tu ko bukan boleh buat ape?

Baik kau keluar. Kat luar banyak makanan. Nanti bila kau dah makan perut kau kenyang. Kau kenyang diri kau jugak yang puas hati kan.. Dari kau duduk tergantung tu je buat ape? Apa kau dapat?

Meh aku tolong keluarkan kau? Aku goyang sikt gua ni ...

Goyang~ Goyang~

Ehh.. Rasa kau dah keluar kan, tapi kenapa hati aku rasa macam kau tergantung kat dalam tu lagi?

Oiii celaka..!! Keluar cepat..!!! Ahh. Aku tak peduli.. Apa orang nak kata katalah. Janji aku yang puas hati.

Dapat pun kau binatang !! Sial taik hidung gantung, Masa aku duduk lepak kuar makan la kau nak tergantung...

Monday, September 8, 2008

Cikgu. Aku Tak Bersalah!

Form 4. Zaman muda yang banyak beri kenangan indah dalam hidup aku. Aku pernah dapat no 122/122 dalam form. Aku pernah dapat 121/122 dalam bulan berikutnya. Ya, aku tidak pandai kerana aku tidak hadir ke kelas selama setengah tahun. Sangat indah bukan.
Aku hadir ketika kehadiran diambil sahaja. Kemudian aku lesap. Jarang aku ada sepenuhnya di dalam kelas. Aku tak perduli. Darah muda bodoh ketika itu membuatkan aku tidak fikirkan masa depan.

Satu hari,
Kaki lima tepian kelas menjadi tempat lepak biasa ketika waktu rehat dilalui seorang cikgu pelatih yang agak menarik bentuk ciptaan wajahnya.

"Cikgu bahasa omputeh kita best kan. Tak macam cikgu tu tak best lansung"
"Tu la, dah la muka tak lawa, control ayu je kerja dia, agak2 kerja sebagai cikgu boleh buat ke?"
"Bla...bla..bla.. (kutukan-kutukan biasa pelajar nakal - contoh ayat seperti daun kering ditiup angin bayu atau bunyi deruan ombak yang indah adalah tidak masuk akal sekali untuk di isi di sini)

Muka cikgu itu sudah merah padam, dan aku tahu bukan disebabkan sengugut atau malu dipuji.

*
10 minit kemudian

"Pengetua nak jumpa kamu, kamu dan kamu serta kamu di kelas 4 beta" Beritahu seorang balaci sekolah dipanggil pengawas ketika kelas baru hendak bermula. *aduh.. gluurpp

***********************************************************************************

"haah pengetua, budak-budak kurang ajar ni la " Cikgu pelatih mengadu sambil matanya sudah berkaca-kaca bukan tanda gembira atau tidak tahan geli di geletek.

"Eh, Bila pulak kami kurang ajar. Bukan kami cikgu, kami pelajar-pelajar yang tekun mengulangkaji pelajaran cikgu, tidak pernah kurang ajar dengan sesiapa sahaja mahupun haiwan" Ayat mempertahankan diri yang sudah lapuk diungkapkan.

"Kamu tunjukkan pelajar yang mana satu" Pengetua dengan mata seperti proton waja menunjukkan kegagahannya didepan semua orang.

"Yang saya ingat seorang tu memakai kaca mata, pengetua"

Hanya terdapat dua orang yang memakai kaca mata dalam kumpulan itu, calon yang pertama adalah seorang yang bermuka baik nak mampus, dan calon yang kedua... Ya.. aku

Tanpa banyak berfikir aku dengan serta merta berkata...

"Ah!! Dia ni pun pakai kaca mata jugak !!" Sambil menunjukkan kepada calon pertama.

Suasana sunyi.. Hanya bunyi kipas tanpa semburan wd40 kedengaran.

"BODOH!!" Aku dengan serta merta merasakan aku sangat bodoh.

*PPPIAAAAPPPP !! *

Sunday, September 7, 2008

Hidup Sarjan Hassan!! Hidup Sarjan Hassan!! (??)

*Bep..Bep...beeepp!!*
*Bep..Bep...beeepp!!*
Telifon tangan aku berbunyi (Alarm aku memang berbunyi begitu, jangan tanya kenapa)

Huaarrgghh... Oh, dah pukul 5, sahur la dulu. Aku turun bawah berbekalkan roti dan milo panas menekan butang On tv. Ehh, tv aku rosak ke ni? Kenapa warna hitam putih? Oh, Cerita Sarjan Hassan. Cerita sarjan hassan tengah ditayangkan pada chanel 105 astro prima.

*Ngap* Slurrrp* Ngap* Slurrrp*

Berbekalkan irama makan dan minum serta lagu berjuang babak terakhir filem itu membuatkan mata aku dah tinggal suku. Mana hilang yang lagi tiga suku? Haa, lagi tiga suka ada kat kepala kau. Yang kau banyak sangat bertanya ni pesal??

Babak terakhir itu memaparkan 1 lwn 1 antara Sarjan Hassan dan Buang. Seperti kebanyakkan filem2 melayu yang sedia ada, mestilah hero yang menang.

Dengan mengah Sarjan Hassan berkata
"Dengar sini kawan-kawan ku sekampung aku berharap, jangan lah hendaknya ada lagi manusia seperti ini di tanah air kita, kerana manusia seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita. Ya ,mmg bangsa kita masih muda dan lemah. Tapi Aku tak perduli itu semua. Harapan ku hanyalah kita sesama bangsa bersatu hendaknya." Then Ending

Agak2 la. Orang2 tu boleh ingat sampai bila ayat2 Sarjan tu? Esok dah kena pegi menoreh balik dah, pegi sawah, panjat pokok kelapa. Paling lama pun seminggu je la kot. Yang Sarjan tu pulak bukannya nak pahat ayat2 dia kat batu besar. Batu besar dalam kepala juga ada duduk buat apa. Yang orang2 tu plak sorak ramai2. Bukan nak tulis apa yang Sarjan tu cakap walhal tangan pegang parang. Conteng je kat badan2 orang tengah bersorak kat depan tu.

************************************************************************************

Benda yang elok haruslah dikongsi bersama-sama (disebar) dan jangan lah korang duk melonjak sana melonjak sini bila dunia dah aman. Sebab manusia seperti Baung ada dimana2. Watch Ur Back Please

Eh.. apa kerja gila aku duduk mengadap komputer ni lagi walhal ayam dah berkokok mengulik untuk aku bermimpi?

Manusia. Memang cepat lupa. Tido gak best!!. Serius , Terbaekk!

Aku Dan Perempuan

1st time aku masuk bilik darjah masa sekolah rendah, aku pandang kiri,kanan, kiri,kanan aku tanya bapak "Kenapa semua lelaki pa?" ayah aku dengan rasa kasih sayang kepada anaknya masih lagi comel gebu membalas"Ni sekolah lelaki sayang"

"Oooo.. sekolah lelaki"

Apabila aku jejakkan kaki sudah layak ke sekolah menengah dengan muka dah pecah,suara baru nak pecah aku pandang kiri,kanan,kiri,kanan. "Ehh,semua lelaki"

"Oooo..sekolah lelaki"


Keputusan PMR yang agak cemerlang bagi pelajar malas dan tak pernah membaca membolehkan aku masuk sekolah asrama yang mempunyai pelajar perempuan. Tapi sudah terlambat, kemahiran berkomunikasi dengan perempuan sudah mencapai tahap -ve. Aku kurang selesa dengan perempuan. Plis jangan label aku gay. Aku mempunyai akal yang waras dalam hal itu.

*************************************************************************************
2008 (setiap kali hari minggu)

*tap..tap..tap*

"Woit Robert (Dia adalah muslim, orang kampung datang bandar memang begitu namanya), tak boring ke? Orang lain hari minggu keluar dating yang engkau?"

"Boring la ada awek, engkau cakap aku, engkau tu"

*tap..tap..tap*

"Sama la.. Ada awek buat apa. Lepak2 rumah la baru best" Aku membalas.

"Ko memang TD dow, loser, cakap la yang engkau penakut nak borak ngan perempuan" Robert berkata.

*tap..tap..tap*

"Ahh, engkau pun sama seorang loser, Oi, sial, tengok, engkau la ni , kan dah mati aku "

"Loser~ maen game je kerja engkau" *tap..tap..tap*
"engkau pun sama"
************************************************************************************
Bapak... jangan ditanya bila aku nak khawin. Bukan salah aku. Salah Robert, dia tak ajar aku.

Thursday, September 4, 2008

Aku Dan Semut

Semut?! selalu disinonimkan dengan rajin. Kerja bersama tak kira tua atau muda, jantan atau betina (oi..adakah semut mempunyai jantina?), tolong-menolong sesama sendiri, tak potong double line, berat sama dipikul la. Pendek kata suma yang bagus-bagus yang amat la perihal hidup dia ni.. tapi aku ....

(Orang panggil aku Gorb.. Kenapa diorang tak panggil aku Bruce ke? Willy ke? ya Sheik kacak mahu pergi ke mana hari ini ke? haih...)

Pasar malam ni memang popular, sangat popular hingga aku malas nak pergi sebab ramai gila orang.

Lelaki x : Woi. Gorb !
Gorb : Errr..er... Ha!! ko!!
Lelaki x : Ko buat apa kat sini ?
Gorb : Errr.. Tengah layan basuh kereta sorang-sorang ni... haih~. Agak-agak ko kita kat mana ni?
Lelaki x : Bonggok!. Aku tahu la ni pasar ramadhan. Itu kan pertanyaan biasa orang2 kebanyakkan. Jawapan orang2 kebanyakkan adalah membeli juadah berbuka la.
Gorb : Sekarang sape yang bonggok? Dah tahu jawapan buat apa tanya soalan ? ..

bla..bla..bla.. (2,3 minit sambil menari mengelak orang lalu lalang)

Gorb : Wei, blah dulu. member aku dah tunggu lame tu. Jumpe lagi .
Lelaki x : Ok2. chow.


Walhal aku datang sorang, dan aku tak jumpa apa2 makanan yang menarik pun kecuali keropok satu ringgit aku ni. Sampai je umah, aku duduk kat pintu sambil tengok barisan semut2 kat tepi.

"Semut...

Rajin ko kan. Puasa2 pun ko kerja kuat macam ni.

Aku ni plak ..

Sangat rajin telan ko, sampai aku lupa nama brother tadi tu.. Nak tanya kan takut dia terasa . "

Haih~

Gorb sangat senang lupa nama n tarikh..