Friday, December 18, 2009

Tahukah kamu?

Bukan semua orang akan faham entri kali ini,
Dan aku menulisnya dengan penuh rasa perit dalam dada,
Dalam masa ini.. Walau aku tersenyum atau tiada sekumit riak dimuka aku,
Hati aku meronta-ronta untuk menangis...

Pedih, Perit,

Kamu tahu tak?
Aku tidak bernilai untuk dicurahkan segala darimu,
Aku tak sanggup untuk dibelanja, di beri apa-apa hadiah kerana aku rasa ia lebih baik untuk diberikan kepada dirimu atau keluargamu.. Aku masih lagi tidak berguna untukMu,untukmu, mahupun untuk diriku sekalipun.
Aku masih lagi lemah dan tidak mampu menjagamu.. Aku lemah dalam ingin mendidik kamu..
Aku masih lagi sampah.. Berbau busuk sehingga diriku sendiri tidak mampu menanggung bau itu..

Tahukah kamu.. Jangan membuat andaian sebelum bertanya dan menilai.. Lihat tarikh kejadian sebelum kamu membuta tuli memendam rasa. Tanya padaku jika inginkan kepastian. Jangan berpura-pura ketika aku bertanya. Segala yang berlaku terjadi sebelum perjanjian dimenterai. Aku tidak mengkianati perjanjian itu. Kejadian itu berlaku sebelum perjanjian dan peluang yang diberi. Aku mencuba dalam perjanjian ini, untuk melihat apa yang aku rasa. Aku masih menyimpan msg itu hanya sebagai pemberi semangat. Aku jatuh agak teruk pada masa itu. Segelintir sahaja yang tahu. Tapi aku sangat cepat bangkit.Dan ia tidak termasuk 3 orang yang membuatkan aku sebak bila memikirkan peristiwa itu lagi. Sila teliti segala yang terjadi dan bertanya jika ia menganggu hatimu. Sila lihat tarikh sms tersebut sebelum kamu menitiskan air mata untuknya.

CS dan A hanya kawan baru. Mereka tidak termasuk dalam mana-mana bahagian. Mungkin aku bersalah dalam meletak tanda '2' dalam satu perkataan itu. Bahagian itu aku bersalah dan aku meminta maaf.

Aku tidak lagi akan menganggu kamu.. Aku tahu kamu masih lagi sakit. Dan akan bertambah sakit bila aku muncul.. Biarkan aku pergi dalam kabus tebal dalam sinar cahaya matari terik. Hilang walau disuluh mentari cerah. Aku tidak mampu jika melihat kamu menitiskan air mata keranaku. Aku sakit, dan aku sedih. Aku cuma mahukan kamu gembira. Sesuatu yang aku tidak mampu berikan dengan kehadiranku.

Jika aku bersalah, aku mohon maaf. Sedalam-dalam hatiku.
Aku juga tidak pernah lupa memaafkan setiap makluk yang membuat apa-apa untuk diriku.
Kerana aku tahu, aku juga makluk ciptaan, lemah dan banyak bersifat nafsu.
Aku hanya memiliki iman yang sangat nipis.

Kenangan ini, walau hanya seketika, ia memberi sesuatu yang sangat mendalam dalam kehidupan aku. Sekarang aku sudah tahu maksud peristiwa ini. Terima kasih atas segala-galanya.

Terbanglah..
Kamu ada kehidupan yang lebih baik dihadapan..
Bergembiralah..

Kamu masih lagi cahaya mata indah pemain peristiwa kehidupan aku..

2 comments:

broken_nigina said...

maaf kalau salah.gua tak tahu apa cerita sebenar.tapi satu yang gua tahu kesilapan biasa-biasa kita.bila kita buat orang menangis,kita fikir menjauhkan diri adalah cara yang terbaik.tapi sebenarnya,kadang-kadang ada luka yang perlu disembuhkan oleh orang yang menjadi punca luka itu sendiri.itu.ungkapan itu."dia racun,dialah penawar".mungkin ini cuma dari pandangan gua.tapi gua rasa,lebih sakit kalau seseorang buat gua terluka kemudian pergi biarkan gua dalam keadaan luka.alangkah baiknya kalau jadi jujur pada perasaan sanggup untuk sedaya-upaya pulihkan keadaan daripada terus lepas segala-galanya.lagi sekali,mungkin gua salah.sekadar satu pandangan.sebab gua pernah jadi orang yang 'terluka' dan si peluka fikir dengan mengalah melepaskan segala-galanya adalah jalan terbaik sedangkan itu sebenarnya hanya menambah rasa sakit gua.sayanglah biar sesuatu yang bermakna musnah dengan kesakitan yang datang.again,ini hanya pandangan peribadi.

peace.

manusia terlantar said...

Hidup ini berbagai peristiwa..
Berbagai kisah..
Berbagai jalan terbaik dalam setiap bab..
Aku cuba gunakan akal untuk jalan terbaik itu..

Thanks..