Tuesday, December 7, 2010

Impian

Aku ada banyak impian..
Kalau nak di listkan, terlalu panjang gulungan kertasnya,
Tapi kebanyakkan hanya nafsu,
Sesuatu rasa yang takkan pernah habis. Jadi aku gunting bahagian tidak perlu,
Bakar bahagian yang tak mungkin aku dapat... Nah! Pendek saja yang tinggal. Dalam list tu, hanya sebilangan impian yang mampu membuatkan aku mengalirkan air mata kalau dicapai.. Paling tidak mata aku pasti berkaca.
Kebanyakkan perkara normal seorang anak dan menjadi hambaNya.

Isteri solehah antaranya. Heh..
Zaman sekarang aku rasa dalam seratus ribu wanita pun susah nak jumpa. Jika ditakdirkan mempunyai jodoh, jadikan dia isteri solehah.. Didik dia menjadi itu..

Aku bukan seorang yang sempurna...
Tapi aku akan berusaha menjadi yang terbaik...


.

Friday, December 3, 2010

Hmmm

Memang salah aku, tapi prilaku macam tu tak perlu ditonjolkan pada aku..


Aku meluat...


Owh..
Benda sama seperti entri bawah..


...

Tuesday, November 23, 2010

Simple thing

Perkara kecil..
Benda kecil..
Pemasalahan biasa..

Itu bukan perkara utama,
Benda boleh selesai..

Tapi cara kamu ketika alaminya..
Attitude yang ditunjukkan..


Haihhh~
mengeluh adalah benda paling aku benci lakukan..

Saturday, November 13, 2010

Aku ?

Aku ni siapa?


Aku dah mula tanya soalan itu...

Aku rasa keyakinan aku dah mula bergelut dengan lohong hitam.


...

Sayu

Oh, rupanya aku boleh menulis blog dengan menggunakan hanfon sahaja..

_______________________________________

Berkerja seorang diri di tempat panas,
Bercampur dengan hati yang kacau,
Rupanya mampu membuatkan jiwa kamu menangis,
Kepala berpeluh, membuatkan otak kamu semakin cepat menganalisis,


Aku sayu..


Peluk aku peluh badan, peluk,
Jangan biar orang lihat air mata ini..

Friday, November 12, 2010

Tahukah?

Setiap alunan suara,
Setiap bacaan secara sosialogi,
Setiap hubungan yang dihasilkan,
Akan didetikan oleh syaitan hawa nafsu manusia itu.
Menguji kekuatan dinding yang sedia nipis ini.
Terjadi dalam hal hubungan insan haram bersentuh.

Aku tidak mahu itu,
Aku tidak akan beri 100%,
Bahkan 50% pun tidak aku jejak,
Kerana aku sayangkan seseorang itu,
Jangan dicari aku ketika aturan panjang di padang masyar,
Kerana kesalahan aku sendiri,
Ketika manusia saling mencari si penyebab berlaku,

Syaitan datang pada depan dan belakang wanita,
Cuba mengetuk dinding tipis lelaki,
Ujian besar walau kamu mempunyai perkataan ustaz di depan namamu,
Alihkan pandangan matamu secepat mungkin,
Jangan biar makluk laknat itu mampu menyentuh jiwa kamu,


Suara, sentuhan, bisikan, pandangan, diri ini...

Hanya pada wanita yang telah sah akad aku.

Thursday, November 11, 2010

Saw the world

Mak aku cakap, sesiapa yang ada tahi lalat kat cuping telinga seorang yang degil,

Orang tua cakap,

Aku ada tahi lalat di dua2 cuping telinga kiri kanan aku,
Dan ia mungkin dah menjadi doa seorang ibu,
Aku adalah sangat degil...
Kalau bukan kemahuan aku, Aku takkan buat,
Dan jika aku sudah mula membenci, Aku susah nak suka balik,


Tapi aku, punya ego yang tidak begitu tinggi.



___________________________________________________

"Sesiapa yang tidak meminta pada Allah, Allah akan murka padanya"

Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ,Bertempat Di PUTIK Sempena Muktamar PAS kali ke 56.

Aku hanya memohon padaNya,
Aku hanya akan menitiskan air mata untukNya,
Bukan pada makluk seangkatan.

Monday, November 8, 2010

Rasional Emotional

Cinta..?
Huh *senyum sinis*

Apa saja yang kamu mahukan...
Semua terletak pada kehendakmu,
Aku bukan sesiapa lagipun,

Pernah aku tinggikan suara padamu?
Pernah aku melukakan fizikalmu?
Pernah aku curang padamu?
Pernah aku mengatakan keburukan kamu?

Jika aku tidak sayang akan kamu,

Aku pasti dah punya ramai wanita lain,
Aku pasti sudah mengambil banyak kesempatan padamu,
Aku pasti sudah lama lepaskan kamu terkial-kial,
Takkan aku perduli walau sedikit pun pada kamu,

Tapi aku,

Aku melihat blog, fb kamu lebih dari orang lain dalam kenalan kamu,
Aku melihat segala gerak geri perjalanan harianmu setiap hari,
Aku sanggup berdiri beratur lebih 5 jam untuk kamu,
Aku redah dingin subuh untuk kamu,
Aku teringat akan kamu setiap hari,
Aku tak pernah berkira walau ape pun dengan kamu,
Aku akan ceritakan pada kamu dahulu jika aku dalam kesulitan,
Aku tidak bercakap dengan perempuan lain selain urusan kerja,



Aku ni siapa..?

Aku takkan pernah tanya soalan itu pada kamu,
Kerana aku yakin pada kamu.

Sunday, November 7, 2010

Dunia II

Aku mahu pergi jauh,
Hilang dalam kelam perlahan-lahan,
Tergelam dalam laut seperti sauh,
perlahan-lahan tanpa di tahan...

Dunia

Aku baru balik dari melihat kemusnahan akibat bencana,
Banjir,
Nampak tidak menakukan seperti gempa bumi,
atau gunung berapi,
Tetapi.
Ia memberi kesan yang amat pada mereka yang mengalaminya,
Tiada tempat tinggal, keadaan air bersih yang kurang,
Satu dari benda paling utama dalam hidup.
Hidup yang sedia miskin dijatuhkan kedana,


Aku meneliti hidup aku,

Masih terlalu baik jika nak dibanding dengan mereka,
Dugaan untukku terlalu kecil nak dibandingkan,



Perjalanan yang memenatkan..
Tapi agak bermakna bagiku,
Sambil memikirkan hidup aku sekarang,

Berikan aku cinta padaMu ya Allah,
Jangan ko datangkan aku cinta pada insan, dunia, harta,
Sebelum datang cinta padaMu,
Matikan aku dalam rasa nikmat cintaMu,
Jadikan aku hambaMu yang soleh,
Anak yang soleh,

Bergema doa itu dariku setiap solatku,
Makbulkan ia ya Allah..

Amin..

Monday, November 1, 2010

Fade Away

Semakin hari semakin jauh

Masih ingat diri ini dahulu,
Saat mengejar impian dengan bersungguh-sungguh,
Setiap halangan rasa mudah,
Diri ini sentiasa ingat akanNya,
Tidak lekang mulut bertasbih kepadaNya
Tidak putus-putus hati ingat akanNya,

Sekarang,

Aku semakin pudar,
Tenggelam dalam gulungan ombak dunia,
Hati ini sudah keras,
Lidah ini sudah kering,
Kotak impian dalam hati dibiar kosong,
Berdebu ditemani lipas dan tikus,
Tiada lagi...

Aku rindu saat itu,
Saat diucap kalimah agungMu setiap saat,
Lidah terasa dititis madu sentiasa,
Hati ini sentiasa basah lembut disiram ketenangan dariMu,
Impian penuh bercahaya di dada,
Air mata hanya untuk ketakutanku terhadapMu,
Mengigil tubuh ini meniti setiap gerakan hina tubuhku.


Aku rindu saat itu

Akan aku cuba bersungguh-sungguh untuk itu


Insya Allah

Wednesday, October 13, 2010

Andai kata

Andai kata bukan nama aku yang disebut,
Bukan kamu permaisuri aku di syurga,

Ingatlah,

Jaga diri kamu baik-baik,
Ingat asal usul kejadian ini,
Ingatlah hala tuju diri ini,
Satu kehidupan akhirat yang kekal,
Fikirkan lebih dari dunia ini,
Dan berikan yang terbaik dalam hidup kamu,
Jadilah yang terbaik pada pasanganmu,

Jadilah seorang isteri yang solehah,
kerana itu adalah permata terbaik seorang lelaki,
Nikmat yang paling mulia pada jiwa lelaki,
Selalulah berdoa pada allah,

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).

Never stop seeking the guidance from Allah.
Doa itu ibadah,

Itu asal usul kejadian kita,
Segala yang ditetapkan olehNya adalah yang terbaik pada kita,
Jadikan al-quran dan sunnah peganganmu,
Takkan kamu lari dari tujuan itu.

"i wish"
Ya, kata-kata itu selalu berlegar-legar dalam hati ini untuk kamu,
Namun sering kali ia ditentang,
Allah tidak membuka hati ini dengan sepenuhnya,
Mungkin ada sebabnya,
Kerana Allah mengetahui dan kita tidak mengetahui.

Dan andai kata nama aku yang disebut,
Aku mahu kamu menjadi isteri yang solehah,
Permaisuri bersamaku didalam syurga.
Tiada yang lebih nikmat selain itu.

Amin.

Sesungguhnya Allah maha besar...

Monday, October 11, 2010

Hati

Aku hanya menunggu,
Kerana aku tahu segala yang baik hanya dariNya,
Tidak lepas lafaz memujiNya dari lidahku,
Hati ini ku ajar sentiasa ingat padaNya,

Aku sudah sedia dengan sebarang kemungkinan,
Sungguh aku sayang padamu,
Tapi aku takut aku sayang hanya pada dunia,
Sehingga aku melupakan cinta yang agung,

Jangan di risau hati ini,
Aku kuat,
Aku hanya mahu mereka yang pernah berada di sisi aku bahagia,
Sesuatu yang tidak mampu aku berikan.

Serahkan segalanya padaNya,
Kerana Allah tahu apa yang kita tidak ketahui,
Allah maha perancang,
Allah maha besar.

Surah Al-Baqarah Ayat 216: ; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Sunday, October 10, 2010

Bila akhirnya

Aku senang disentuh..

Islam,
Kekuatan iman..

Itu sahaja..

Biarkan aku mencintaimu kerana agamamu,
Tidak banyak aku mahu...
Itu sahaja...

Wednesday, October 6, 2010

Hanya Dunia

Dunia adalah ilusi,
Mencengkam hati muntahkan bisa,
Bisa yang membutakan mata hakiki,
Menutup semua pintu hati...

Bukakanlah mata hati..

Ingat asal sebelum terbentuk ilusi...

Sunday, September 26, 2010

Aku hanya ada satu hati

Hati aku satu,
Bentuk tak pernah berubah,
Hasrat berubah-rubah,
Tapi hati aku tetap satu...

Dalam dunia ini aku cuma perlukan satu hasrat,
Mati dalam keadaan beriman,
Itu saja,
Satu...

Aku cemburu pada mereka yang mati syahid...
Sungguh aku cemburu,
Mereka berani,
Kalau aku belum tentu aku berani.. Haih~
Target aku sekarang hanya satu,
Cinta pada yang Satu...

Tewas... Terus tewas..
Satu-satu tumbang,
Rebah menyembah dunia,
Dipijak muka pada jalan duri.
Aku mahu terus bangun.. Bangun..
Lepaskan segala yang hitam dalam hati ini,
Melekat, Dipahat pun belum tentu boleh keluar,
Tapi bukan maksud tidak boleh, kan?
Aku akan terus bangun.. Lekas bangun...

Dunia ini persinggahan... Kepada satu dunia kekal..
Akhirat...

Cakap banyak pun tak guna kan?? He..

"Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we must do." (Bruce Lee)

Tuesday, September 7, 2010

Sahabat

Aku jarang memberi panggilan sahabat pada rakanku,

Sangat jarang...

Jika ada pun rasanya sangat kecil bilangannya,
Setiap kata panggilan itu aku meneliti setiap maksudnya,
Apa sahaja berlaku padanya dapat aku rasai,
Mungkin tidak sekuat yang dirasainya,
Tapi sudah cukup kuat darah yang mengalir dari hati ini,

Aku mungkin tidak mampu berada di sisi mereka setiap masa,
Tidak mampu memberi kata-kata semangat pada mereka,
Tidak mampu menghulurkan bantuan yang hebat pada mereka,
Tidak juga mampu menepuk belakang pelahan-lahan memujuk,

Aku hanya mampu jadi tempat luahan hati mereka,
Dan doa ikhlas untukmu sahabat...

Takziah atas kehilangan kamu,
Aku turut terasa pemergian beliau...

Sunday, August 29, 2010

Takkan pernah

Mereka takkan pernah tahu,
Sampai bila-bila pun takkan pernah tahu,

Kenapa ia berlaku...
Kenapa aku begini...
Apa aku inginkan...
Apa aku rasakan...
Apa telah berlaku...
Apa yang akan aku lakukan...

Aku terus membisu...
Kerana aku memang begini,
Hati ini telah aku pagarkan batu setinggi mungkin,
Tiada manusia dapat memanjatnya...

Mungkin ini saatnya aku menjaga hati sendiri,
Aku dah bosan melayan...

Wednesday, August 25, 2010

Biarkan

Aku cuma mahu baring...
Melihat setiap peristiwa-peristiwa kaku,
Memancar pada permukaan syiling..

Tidak perduli titisan air mata,
Tidak mahu endah ukiran senyum jika ada,
Aku cuma mahu baring...

Kadang-kadang..
Aku mahu menjadi diri aku yang lama,
Penuh impian.. Penuh cita-cita,
Berjalan dengan penuh keyakinan...

Aku benci diri aku sekarang...

Aku benci aku sudah lepaskan apa yang sudah sempurna,
Aku benci aku tiada hati yang kukuh pada impian..

Dah terlambat ke aku sekarang???

Thursday, August 19, 2010

Hati mati

Aku cuma mahu baring,
Menangis,
Hilangkan semua ini,

Aku mahu menjadi bayi kembali,
Kosong,
Putih,

Dah jauh aku pergi ni...
Tak mampu nak berpatah dah,
Yang ada di depan hanya 2 jalan,
Dan setiap satunya ada pertalian,
Hasil silam juga..

Tiada jalan tengah yang kosong dan bersinar ke???

Tuesday, August 10, 2010

Iya

Betul,
Aku bukan sempurna,
aku slalu jatuh,
Tapi peganglah tangan ku,
Bukan menahan aku dari jatuh,
Tapi untuk aku berdiri,
Tanpa luka di lutut.. siku..
Aku takkan menjadi kuat,
Aku cuma mahu gengaman ketika aku berlari,
Ketika aku jatuh,
Gengaman membantu hati aku kuat,
Aku cuma manusia,
Lemah segala-galanya...


Gengamlah tanganku

Friday, July 30, 2010

Hidup

Jangan jadi bodoh sombong,
Jangan ego dengan keadaan,
Jangan bercakap besar,
Jangan banyak mengeluh,
Jangan mudah marah,

Susah nak buat.. Tapi boleh buat...

Bersihkan hati yang hampir hitam telap ini..

Thursday, July 29, 2010

Pilihan sendiri.

Ketakutan beri kekuatan,
Kesedihan beri kekuatan,
Kelemahan beri kekuatan,
Kerinduan beri kekuatan,
Kesunyian beri kekuatan,
Kebodohan beri kekuatan,
Keseorangan beri kekuatan,

Tapi..

Keteguhan beri kekuatan juga,
Kegembiraan beri kekuatan juga,
Kekuatan beri kekuatan juga,
Kasih sayang beri kekuatan juga,
Berdua beri kekuatan juga,
Kepandaian beri kekuatan juga,
Kemanjaan beri kekuatan juga,


Kekuatan bukan pada perasaan sahaja,
Ia hadir bila akal merasa ianya kekuatan...

Wednesday, June 23, 2010

Terus

Aku akan terus melangkah,
Maju kehadapan,
Sambil menoleh untuk melihat zat-zat kenangan yang silam,
Mengeleng kepala kepada pahit,
Mengukir senyum pada manis,
Ketetapan yang telah berlaku,
Sekarang,
Aku hanya perlu mencipta takdir,
Dengan terus melangkah,
Terus...

Wednesday, June 2, 2010

Kemana Halamu?

Kemana hilang rasa hormat?
Kemana hilang rasa kasih?
Kemana?

Manusia tetap sama,
Cuma berbeda akalnya,
Prinsip hidupnya,
Tapi jangan biarkan prinsip itu membakar jiwa putihmu,
Menjadi hitam hangus,

Buang ego mu,
Sambut tangan lemah itu,
Setiap manusia berhak memiliki rasa dihormati,
Jangan diskriminasi wujud dalam jiwa yang telah gelap itu,
Putihkan ia dengan rasa sayang.

Dont do racist...

Wednesday, May 19, 2010

Aku dan kamu

Serahkan hatimu hanya untuk Allah,

Pasti Allah temukan dengan pemilik terbaik,

Kegusaran datang dariNya,

Segalanya datang dariNya,


Jangan kamu mengeluh dengan dugaan dariNya,

Berprasangka baiklah kita padaNya,

Kerana hanya diriNya maha mengetahui,


Akan ku baiki diri ini untukMu ya Allah,

Agar dapat ku membimbing serpihan rusukku,

Tanpa perlu aku berpaling malu ketika mengadapMu.

Thursday, May 6, 2010

Perempuan cantik?

Kebelakangan ni nafsu aku melihat perempuan menurun,
Lebih lagi jika perempuan itu cantik,
Aku lebih selesa melihat alam dari mereka,
Otak aku seperti memberitahu mereka hanya cantik luaran,
Kerap memberitahu itu hanya kecantikan dunia...

Aku tidak tahu apa yang berlaku,
Adakah aku menjadi 'gay'??
Hahahahakkptuih!
Nauzubillah..
Jauhi aku dari benda terkutuk tu.

Masih mencari titik noktah,
Semoga dipermudahkan,
Amin...

Tuesday, May 4, 2010

Mimpi

Ada yang mengatakan ia luahan syaitan,
Ada yang mengatakan ia luahan firasat,

Kawan,
Mimpikan aku datang dalam jubah putih,
Melihat dia yang sedang tidur,
3 hari berturut-turut,
Mimpi yang sama menyedarkan dia dari tidur,

Aku masih tertanya,
Apa maksudnya...

Tapi aku redha dengan segala yang akan terjadi...

Akhiri aku dalam keadaan beriman padaMu Ya Allah...

Amin...

Sunday, May 2, 2010

Sekian kalinya.

Aku tidak suka perasaan ini,
Perasaan porak,
Perasaan yang tidak tetap,
Mana janji aku tahun ini.

Aduh!

Aku tak mahu kecewakan sesiapa,
Aku rasa aku harus menjadi tetamu Allah secepat mungkin,
Berdoa di tempat suci dihindari rasa ini,
Terus kepada satu titik.

Cuba hindari sedikit,
Perlahan-lahan,
Kita tidak tahu kemungkinan kan?
Tak tahu apa perancangan Allah.
Sujud aku memohon padaMu Ya Allah..

Amin...

Friday, April 16, 2010

Mendung

Jika kamu merasa kesukaran..
Ingatlah ia dugaan dariNya..
Tapi disebalik awan keruh.. Ada sinar cahaya yang jernih..
Melangkah darinya sukar..
Namun kesukaran itu membuatkan kamu semakin kuat, semakin mengerti...

Tuesday, April 13, 2010

Ketika waktu itu tiba

Tika kaki ini terus melangkah,
Aku tahu aku bersamaMu,
Walau aku acap kali lupa akanMu,
Kamu sentiasa bersamaku.

Tika waktu itu tiba,
Aku serahkan segala jiwa ini kepadaMu,
Tanpa ada rasa bertanya,
Kerana aku tahu aku milikMu.

Cinta yang agung,
Bagaikan salju putih yang menutupi desa kecil ini,
Sunyi, masa kaku,
Mematahkan pacainderaku yang biasa,

Menunggu waktu itu tiba membuatkan aku mengigil,
Rasa takut akan peristiwa silam,
Takut tidak mendapat keredaan dariMu hidup ini,
Berkatilah hidupku,
Berikan cahaya pada insan pendampingku,
Menunjuk jalan redhaMu...

Amin...

Monday, April 12, 2010

kematian

Setiap orang akan merasai kematian,
Ia sesuatu yang telah ditetapkan,
Ditulis dan takkan terlepas walau 0.0001 saat pun,
Setiap orang mungkin pernah berkhayal jenis kematian yg diingini,
Atau mungkin firasat tinggi kematian yang bakal dilalui,
Aku pernah, dan firasat aku tinggi mengenainya,
Dan aku dapat rasakan ia semakin dekat dengan aku,
Kematian lagipun tidak mempunyai tahap umur yang tetap,
Muda pun mampu merasai kematian itu,
Tapi itu cuma firasat, yang kadangkala salah ditafsir dari bisikan syaitan,
Sesungguhnya hanya Allah maha mengetahui.

Aku rasakan kematian aku berkaitan dengan jantung,
Tidak pasti jenis penyakit yang mana,
Tapi itu hanya sebab kematian,
Yang pasti tarikh kematian telah dituliskan.
Tapi doaku setiap hari, Berulang kali, Aku mahu mati dalam keadaan beriman,
Dalam keadaan mencintai Allah, mencintai rasulku,
Dalam keadaan mencintai agamaku.
Tidak pernah terlepas ayat mahu Allah berikan aku peluang berbakti kepada kedua ibu bapaku,
Mahupun kesempatan aku bertaubat sebelum hari kematianku,
Kudrat mengucap khalimah syahadah sebelum nafas terakhirku,

Aku bersyukur setiap kesakitan yang Allah berikan padaku,
Aku tidak pernah mempersoalkan kenapa ia terjadi kepadaku,
Dan aku dapat melihat setiap kesakitan itu membuatkan aku lebih dekat denganNya,
Mengajar aku berprasangka baik pada Allah,
Aku sempat menikmati nikmat hatiku dekat denganNya,
Menangis keranaNya,
Imanku masih lemah,
Tidak puas hati ini bila meminta ampun dariNya.

Andainya ajalku telah ditulis awal kedatangannya,
Sila tunjukkan entri ini kepada keluargaku,
Beritahu mereka, Aku sayang akan mereka,
Aku sayang sahabat-sahabatku,
Aku sayang sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam diri ini,
Aku memohon maaf atas segala salahku,
Aku mintak halalkan segala hutangku,
Wasiat aku telah tuliskan,
Suruh mereka 'search' file bertajuk noktahkehidupan dalam komputerku,
Aku bersyukur dihadirkan mereka semua dalam hidupku.
Iringi aku dengan doa, bukan dengan titisan air mata kesedihan,
Insyallah aku baik-baik sahaja disana.

Jika nafas ini masih panjang,
Anggap entri ini peringatan tentang kematian kepadaku.
Aku selalu berdoa kepada Allah diberikan nikmat kepada kamu semua.

"Oh.. Aku sangat berharap dapat pergi lagi ke tempat suci sebelum mati, insyallah... Mati kat sana adalah impian aku.. Aku rindu kaabah, aku rindu ketenangan di sana"

Kitab suci

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


Allah mengetahui segala-galanya. Berprasangka baiklah pada Allah.

Saturday, April 10, 2010

Warna hati

Kehidupan itu bulat,
Persepsi manusia bila kejadian berlaku,
Manusia tidak mengingati masa,
Mereka mengingati peristiwa,
Semakin sakit semakin kuat,
Aku menganggap ia pengajaran,
Keizinan Allah untuk menguji hati,
Merasai salah satu cahaya dari bilah spektrum warna,
Memberi pertunjuk arah keluar jalan gelap.

Membezakan jenis-jenis hati manusia,

Menguji perbezaan warna hati manusia itu sendiri.

Hati itu putih asalnya...

Thursday, April 8, 2010

Ya Allah

Saat ini aku menitiskan lagi air mata ku,
UntukMu Ya Allah,


Aku takut ya Allah,
Takut dengan seksaan Mu ya Allah,
Ampuni la dosa2 ku,
Dosa yang terus membayangi aku,

Sujudku hanya untukMu,
menangis memohon keampunanMu ya Allah,
Mengeringkan setiap darah yang mengalir dalam tubuhku,
Tanpa setiap kudrat yang mampu aku lakukan,
Tanpa keizinanMu.

Ampuni lah aku,
Jika aku pernah berprasangka buruk terhadapMu,
Tidak terlintas aku berperasaan begitu,
mungkin hati ini kadang-kadang lupa,
Aku hanya hambaMu yang lemah,
Miliki iman yang sangat nipis,
Kau berikan aku kekuatan yang Allah.


Ampunilah aku..
Ya Allah.

Wednesday, April 7, 2010

Terbang

Lihat sekeliling,
Indah,
Damai,
Aman,
Cantiknya alam..
Awan putih, langit biru,
Pokok hijau,
Tanah coklat,
Saling memuji kecantikan masing-masing,
Lihat diri,
Setiap sedutan nafas,
Setiap bunyian,
Setiap rasa tenang.
Sudah tercipta dengan indah,
Kuasa Maha pencipta.
bukti kebesaranNya.
Sujudku ini hanya padaNya.
Allahuakbar!

Monday, April 5, 2010

Hati Lupa

Bila impian dijauhkan,
Nafsu dibiarkan mengejar,
Emosi mambakar hati,
Fikiran melayang jauh,

Diri menjadi lupa,
Lupa akan satu hal yang sangat penting,

Lupa asal kejadian itu sendiri,
Saat roh ditiup masuk kedalam jasad,
Saat perjanjian dimenterai,
Mengikut siulan nafas syaitan yang akur dengan janjinya dengan Allah.

Terlampau banyak bermain dunia membuatkan manusia bercakap seperti dia yang berkuasa menentukan..

Lupakah pemberi udara setiap sedutan nafas mu?

Jika masalah dibebani hati,
Ingatlah,
Ia ujian dariNya,
Jika buntu pada penyelesaian masalah,
Ingatlah,
penyelesaian hanya dariNya,
Berdoalah padaNya,
Berprasangka baiklah padaNya,


Sesungguhnya Allah Maha Perancang.

Tuesday, March 30, 2010

PEjam

Bukak fb..
Terbaca status member aku ..

"its been a while since I smile from the heart...miss those days...."


Baru aku sedar..
Hati aku pun dah lame tak senyum..


*Belek2 album lame*

Wednesday, March 24, 2010

Sehelai kain putih

Sedang dicorak gaya bebas oleh akak aku..



Memperkenalkan ahli baru keluarga kami - Nur Aisya Sofea

2 orang kakak sofea... Nur Damia Imani & Nur Taslim Arisya (Kawai desu ne~)


Nur Damia Imani versi bertudung



Mencari-cari warna hidup



Kerja idaman setiap manusia dewasa - TiDur!!

Gambar separuh bogel mereka di tepi kolam renang telah ditapis..

Mereka cahayaku,
Mereka Pelangiku,
Mereka selimut suamku,
Mereka hatiku..

Sunday, March 21, 2010

Harapan?

Satu kesilapan,
Merana setiap masa,
Masa akan bawa ia hilang,
Tapi perasaan itu takkan dilupakan.

Mahukan k'sempurnaan awalnya,
Sesuatu yang boleh berikan kesenangan,
Kemudahan dalam mengukir senyuman,
Cantik? Baik? Beriman?

Aku lupa satu benda...

Aku yang perlu menunjuk arah,
Aku yang perlu membimbing,
Bukan aku yang mengharap di bimbing,
Aku yang perlu kuat.

Aku lepaskan semua sebelum ini kerana aku tidak kuat,
Lemah mengawal keadaan yang aku tak inginkan,
Keadaan yang ditolak iman nipis aku,
Bukan dunia sahaja yang aku inginkan,
Bukan rasa 'sedap' sementara itu yang aku perlukan.

Aku belum bersedia ketika itu,

Sekarang proses melengkapi sedang berlaku,
Melengkapi jiwa dengan rasa suam.

Aku bangkit seperti pheonix.

Saturday, March 20, 2010

Kamu

Tolong jaga diri bebaik,
Jangan lakukan sesuatu yang melangkau garisan hitam,
Aku tahu kamu mampu menjaga dirimu,
Namun,
Aku masih rasa tanggungjawab terhadapmu,
Hatiku tidak tenteram jika sesuatu berlaku.

Aku tidak tahu sampai bila rasa ini akan hilang,
Dan aku sangat berharap ia pergi,
Kerana itu tidak adil padamu.
Ini cuma pesanku untukmu,


Kamu tahu siapa 'kamu'...



"Ya allah, lindungilah dia dari segala bencana, jauhi dia dari perkara hasutan syaitan, pertahankan imannya, berikan kebahagiaan kepadanya, cucurilah dia dengan segala nikmatMu Ya Allah"

Amin...

Wednesday, March 17, 2010

My thing

Aku jarang berkongsi perasaan aku dengan manusia lain,
Sangat jarang,
Aku lebih suka berkongsi dengan alam,
Alam yang akan tetap memegang kisah aku,
Tanpa perlu aku risau dengan sikap amanahnya.

Jarang aku meluahkan apa yang dirasai,
Lebih-lebih lagi bila ia berkaitan dengan rasa sayang,
Dan aku takkan ungkapkan kata-kata itu jika aku tidak bermaksud akannya.


Kamu...




Aku rindu...


Tapi aku gembira kamu sudah ketemu jalan yang terang,
Terbanglah..


Tahun ini hati aku tidak berminat untuk menerima sesiapa pun,
Mungkin berkenalan dengan ramai orang,
Tapi hati aku telah aku pagarkan untuk tiada sesiapa melangkah masuk,
Akan aku kejar dulu apa yang sepatutnya aku buat,
Yang telah terlepas...
Banyak yang telah terlepas...

Terima kasih pada manusia-manusia yang membangkitkan aku,
Membangkitkan jiwa asal aku yang telah lama tidur.

Friday, March 12, 2010

Allah maha besar

Khayal tetali mindaku menarik matahari ke dakapan,
Memeluk erat kepanasan yang menyejukkan dingin hati,
Diselimut sejuk angkasa gelap malam,
Mengimbangi rasa panas dan sejuk tubuh layuku.

Lihatlah sekeliling,
Bukankah ini buktinya,
KekuasaanNya.

Indahnya alam ciptaanNya.
Allah maha besar.

Thursday, March 11, 2010

Gelagat

Aku tersenyum..
Melihat manusia memperbodohkan diri..
Hambakan pada dunia..
Bercakap tanpa memikirkan akibat..

Tiada akibat pada fizikal si pengucap..
Tapi akibat prasangka insan terhadapnya..

Aku tersenyum..
Sambil minda hanyut..
Cerita Sang buaya dan kancil lagi bernas..
Membiarkan mereka terus membuka ideologi bodoh mereka..

Monday, March 1, 2010

Sistem

Kadang-kadang sistem yang dihasilkan,
Hanya membuatkan manusia makin bodoh!

Ego, pentingkan diri sendiri.

Manusia takkan selalu berada di atas.
Mati nanti pun dalam tanah tempat kamu,
kecuali kamu mahu abu mayat dihantar ke angkasa lepas,
menginkari perintah tuhan.

Buka mata, lihat kehidupan, hayati alam.
Guna akal fikiran, ikut panduan yang telah tuhan tetapkan.

Tuesday, February 23, 2010

Kaku daku keras beku

Minggu lalu salah seorang sahabat aku menjalani pembedahan pada jantungnya. Menukar Aorta jantungnya dengan plastik. Pembedahan ini jika dijumlahkan dari 200 orang, hanya 100 yang mampu dilakukan pembedahan. Dari 100 orang, 50 orang mati ketika pembedahan akibat kehilangan darah kerana tekanan dari jantung yang tinggi. Setiap pembedahan hanya mempunyai 50% kejayaan.

Dia hanya diberitahu perlu dilakukan pembedahan 2 minggu lalu. Seminggu sahaja masa sebelum pembedahan. Seminggu sahaja masa untuk melihat dunia jika pembedahan tak berjaya. Seminggu sahaja masa untuk ketawa atau menangis atau menyesal atau atau atau atau atau. Walau pembedahan kawanku berjaya, ia membuatkan aku berfikir. Jika aku mengetahui aku hanya mempunyai masa seminggu untuk hidup . Dengan amalan aku selama ini, tidak cukup rasanya seminggu itu. Mungkin aku boleh bertaubat dalam masa seminggu itu. Tapi, jika aku hanya mempunyai masa sehari, atau sejam, atau seminit?

Hanya api neraka rasanya tempatku. Hiduplah aku didalamnya sehingga aku dipanggil ke syurga selepas berjuta-juta tahun aku disiksa. Dengan tulisan ahli neraka didahi aku.

Takut, sejuk, mengigil, sebak, mual, perut masuk angin, nak muntah, mata berpinar, lemah lutut. Semua dirasai. Seperti ada satu bendalir asing mengalir ke seluruh tubuh aku bila aku teringat akan ini. Rasul kita, beribadat malam hari sehingga sakit kaki baginda, walhal sudah syurga dijanjikan pada baginda. Aku?

Kadang-kadang aku akan lupa apa yang aku rasai itu. Manusia memang pelupa dengan ibadah, ditiup suara ulik dari syaitan memang mengasyikkan. Aku cuma berharap, setiap kali aku melihat entri ini, segala rasa itu kembali. Agar aku takut dengan siksaanNya. Agar aku sentiasa ingat akan penciptaku. Amin

Wednesday, February 17, 2010

Gerakan angin lintang

Aku membiarkan ke mana saja naluriku memanduku,
Berhenti,
Aku mendongak,
Melihat gugusan bintang di angkasa,
Aku cuba mengenggamnya,

Kosong,

Aku duduk,
Melihat pantai kelam,
Deruan ombak malam,
Merasai derap angin melalui pelusuk tubuhku,

Aku melukis buruj-buruj bintang di angkasa,
Membentuk impianku ,
Membentuk hatiku,
Bercahaya indah... Aku senyum,

Kupejam mataku,
Menghafal setiap buruj yang dilukis,
Apabila ku buka mata kembali,
Hanya tinggal bulan berteman langit kosong,

Haih~

Aku teruskan perjalananku entah kemana,
Menekan pelapik minyak kekasih tunggalku,
Mencari horizontal langit yang lain..

Monday, February 8, 2010

Ilustrasi

Bulan cantik,
Bintang seksi,
Matahari teguh,
Awan tenang,
Rumput sabar,
Hujan kasih,
Gunung aman,
Langit mengoda,

Haih~ Aku dah jatuh cinta.

Boleh kawinkan aku dengan alam..?

Saturday, February 6, 2010

Jalan II

Aku menulis hanya dari hati,
Dan aku tidak minta simpati,
Hanya pengubat luka diri,
Supaya tidak menyesal di kemudian hari,
Jangan peduli jika ia menyusahkan,
Kerana aku tahu hal diri aku,
Aku pandai mengawal sendiri,
Pandai mengawal situasi,
Mungkin kadang-kadang tewas di tepian titi...

Namun...

Aku berjalan walau perlahan,
Dan aku tidak pernah berjalan kebelakang...

Wednesday, January 27, 2010

Haih~

http://www.youtube.com/watch?v=OUbpk_i_kNo

Mainkan ia berulang-ulang. Sudah seminggu.

Waras lagi ke aku ni?