Tuesday, December 6, 2011

Aku mahu

Aku mahu ke mongolia...

Terlalu ingin...


Padang..
Bukit..
Kesakitan hidup..


Itu kekuatan mereka...


Aku mahu...

Thursday, October 6, 2011

Dendam

Dendam itu seperti minyak dicurah atas api,
Merebak membakar kebaikan dalam diri.

Tidak lagi berkawan menolong diri,
Hanya akan melihat terlolong-lolong sendiri.

Badan merasa panas, kepala merasa berat,
Takkan habis sehingga lemas,
Sehingga diri hidup melarat.

Tuesday, October 4, 2011

Jasad di dunia

Manusia itu fakir,
Takkan ada kudrat tanpa izin Allah,
Ikutkan sangat hati bongkak tiada akhir,
Menyesal tiada berguna pabila dibaham tanah.

Friday, September 30, 2011

Tabiat

Aku punya satu tabiat, tidak menerima sesuatu ilmu selagi tiada bukti yang kukuh..
Lebih-lebih lagi ilmu yang berkaitan akidah. Kerana bagi aku, ilmu adalah penyuluh jalan gelap,
Jika salah tafsir ia, sukarlah perjalanan itu, kerana aku serba kekurangan,
Ilmu tasawuf ilmu makanan untuk batin, harus dari sumber yang soheh.

Pegang ia... Fahami ia...

Satu lagi tabiat aku, menjauhkan diri dari rakan perempuan yang berkhawin,
Walau serapat mana aku sebelum ini, takkan ade hubungan kosong antara lelaki dan perempuan,
Percayala, syaitan telah berjanji untuk sesatkan manusia, lelaki dan perempuan pula bagaikan magnet,
Terlalu banyak fitnah boleh timbul darinya, dan bagi isteri, suamimu adalah segalanya, tiada perlu
hubungan lain walau kamu hanya menganggap dia kawan. Jika terdetik sesuatu dihati suamimu,
Tanpa keredhaan dia, tiadalah syurga untuk kamu. Temani suami kamu sebaik mungkin,
Jika berkawan ada had, jika tidak mampu jauhi ia.

Jangan langkahi had itu, jauhi ia jika tidak mampu..

Wednesday, August 24, 2011

Can you feel it?

Kita mahu orang merasai dan memahami apa yang kita rasakan,
Tapi dapatkah kau memahami apa yang aku rasa?

Kesakitan ini...
Kepedihan ini...


"Jangan kamu terlalu memikirkan apa yang orang berikan, tapi fikirkan apa yang boleh kamu berikan" - Laskar Pelangi.


Aku akan menunggu...

Sunday, August 21, 2011

Drama

Takyah nak drama sangat..

Otak kau pun akan 'boooo' kau bila dia dah stabil nanti.
Jangan biar otak kau, hati yang kawal...




Menyampah.



...

Thursday, July 21, 2011

Ketetapan Hati

Jika kau masih seronok dengan zina hati itu,


Teruskan...


Aku lagi takutkan Allah dari takut kehilangan manusia..


...

Wednesday, July 20, 2011

Azam 2011-after 7 month

Hampir kesemua azam aku dah laksanakan,

Bercuti di pulau - check*. Twice v(^_^v)♪
Berlajar maen piano - check* *baru mula slow2*
bekerja secara hardcore - belum capai tahap yang diinginkan
Khawin - Aku serah segala pada Allah, kerana aku yakin padaNya.

Menyentuh kaabah - alhamdulillah ya Allah. Segala puji bagiMu.


Aku seorang yang realistik, aku letakkan azam itu pencapaian, dan aku lakukan kajian pada setiap yang aku mahukan. Bukan hanya bercakap tapi tiada semangat dalam lakukan ia. Aku sangat menitik berat kata-kata aku terhadap azam atau apa yang ingin aku lakukan, dari hati ia pergi kepada akal dan di luah ke mulut. Aku letak ikut kemampuan. Aku tidak mahu jika ia dari hati terus ke mulut. Tanpa ada perancangan, tanpa ada kira-kira untuk itu.

Kerana setiap kemahuan terletak pada makam berbeza dalam hati.

Hampir semua azam telah dicapai, aku sudah letakkan azam2 baru untuk habiskan tahun 2011 ni..


...

Tuesday, July 12, 2011

Beban

Ramadhan, Tahun 1994

"Ma, tu ke kaabah? Hmm.. Nampak biasa je. Macam dalam gambar je, hmmm..."


"Isshh, tak elok la cakap macam tu, bukan senang nak datang sini tau"


"Owhh"

Aku masih belum mengerti apa itu kehidupan masa itu, berkhatan pun belum apatah lagi baligh dan matang akalnya. heh..


Rejab, Tahun 2011


Tiada lagi kata yang keluar dari nafas ini , Senyap...

Aku hanya mampu keluarkan air mata. Terus sujud aku bersyukur kerana nikmat yang masih diberi. Pelik...


Masih ada cahaya untuk aku walau begitu banyak dosa telah aku lakukan.


Tuhan,
Jika tiada cahaya telah diciptakan untuk aku, Biarkan aku yang terus bercahaya untuk mereka...

Tapi, jangan Kau tarik cahayaMu dariku.


...

Penyakit

4:28 am Waktu mekah.
Rabu, July 6.


Semua yang ada di dunia ini adalah milik Allah.


Semuanya...

Aku siapa nak rasa bongkak pada sesuatu yang dipinjam?


...

Monday, July 11, 2011

Melihat dunia

Kita sering mengharap sesuatu yang indah,
Sesuatu yang kena dengan rasional kita. Tapi kita lupa, apa diri kita ada untuk mencapai apa yang kita mahukan.

Adakah kita sedia untuk itu?

Kita mahukan seorang yang dapat membimbing kita, tapi macam mane hubungan kita dengan diri sendiri? Macam mane hubungan kita dengan Allah?

Jika kita mahu berkhawin, dapatkah kita jamin dapat bimbing pasangan kita? (Bagi lelaki), dan dapatkah kita menjaga hati serta taat pasangan kita? (Bagi wanita).

Selepas sah akad,
Lelaki akan pikul dosa isterinya, kalau tidak mampu bimbing isteri, seperti menambah beban dosa yang sedia ada setiap kali isteri melakukan dosa.
Isteri pula, tanggungjawab dalam menjaga hati suami sangat penting, sekali si suami terasa hati, derhaka lah kamu.

"Nanti dah kawin kita cuba la~" " Dah kawin kta berubah la ya..".

Oh, aku rasa sangat susah nak lakukan itu. Sebab benda dah biasa buat perlukan masa nak berubah. Kalau nak berubah, lakukan sekarang, bukan nak tunggu orang nak bimbing kita, bukan nak tunggu sesuatu yang besar berlaku dahulu (seperti berkhawin).

"Jangan mengharap apa yang orang berikan pada kita, tapi fikirkan apa yang boleh kita berikan pada orang"


Kalau kita jenis yang cepat marah, cuba kawal itu. Marah sesuatu yang susah untuk dikawal, dan ia boleh menyebabkan banyak benda luar kawalan berlaku. Jangan nanti ia jadi sebab kita masuk ke neraka, jadi sebab hubungan sesama punah.

Kalau jenis yang senang teremosi, gunakan akal lebih banyak, tekan emosi itu, jadi lebih realistik dan rasional. Kalau jenis ego atau keras kepala, cuba terima apa yang disampaikan, kadang-kadang kita tahu ia betul tapi ego tinggi nak terima.


Setiap orang berbeza, perangai adalah sesuatu yang abstrak, ia berbeza pada setiap individu. Jangan jadikan ia sesuatu yang tetap,

"Aku anak sulung, sebab tu keras kepala sikit" , "Oh, dia orang kelantan, patutla perangai jahat macam tu" , "Aku suka pedas, sebab tu pemarah", "Aku lahir bulan januari, sebab tu aku ego"

Jangan jadi sempit fikiran. Itu cuma alasan. Yang menentukan semuanya terletak pada kita. Kita yang mencorak diri kita, bukanya tarikh lahir, bukannya kedudukan dalam keluarga atau jenis makanan yang diambil. Walaupun persekitaran memain kan peranan dalam membentuk peribadi kita, namun Allah telah berikan kita akal yang membolehkan kita berfikir baik dan buruk sesuatu itu.


Jadi,
Bersediakah kita?


p/s: Aku bukannya seorang yang maksum, ini nasihat untuk diri aku, pendapat yang aku ingin berkongsi dengan dunia.

Sunday, July 10, 2011

Zina hati

Aku mampu jadikan dakwat dr 7 lautan, menulis kamu puisi...
Aku mampu jadikan kamu permaisuri kisah khayalan yang hebat dan penuh kasihnya...
Aku mampu memberi kamu rasa bahagia tiada tandingan mana2 wanita di dunia ini...

Tapi, jika itu yang membawa kita ke neraka, aku tidak mahu lakukan itu.

Takkan ada siapa tahu sakit menahan aku dr melakukannya,
Takkan ada satu orang tahu perit aku menahan mengucap kata sayang padamu itu,
Takkan ada satu orang tahu bertapa pedih melihat kamu terkapai-kapai...

Tapi aku tidak mahu kamu menjadi permaisuri aku di dunia sahaja.

Aku mahu lebih..
Aku mahu kamu bersama aku di syurga.

Aku tidak mahu zina hati perbuatan aku akan merosakkan itu.

Kerana aku realistik, aku pembimbing. Aku tidak hanya mahu ia pada dunia tidak kekal ini sahaja...

Sunday, June 19, 2011

Gerimis



Picture by manusiaterlantar via phone

Aku semakin suka pada kawasan luar kesibukan, angin petang di kawasan lapang. Atas bumbung rumahku, meja luar rumahku, keseorang di dalam biliku.

Ia membuatkan aku semakin kuat berfikir. Pelbagai, segenap imaginasi.

Dan aku semakin suka pada "detail" .
Gerakan raut senyum wajah ibu bapaku, gerakan rumput di tiup angin, titisan hujan pada lopak, bunyi air dari kolam ikan aku, bahkan perubahan bentuk awan2 di atas sana. Aku bagaikan berada pada satu ruang lain . Aku mampu duduk pada suatu tempat memerhati, mendengar dan merasa pada kadar yang lama.

Hidup aku seperti sudah berubah dalam 3,4 bulan ni. Terlalu banyak perkara berlaku. Terlalu banyak tanggungjawab dipaksa pikul. Ia seperti persediaan untuk sesuatu.

Dan aku biarkan diriku seperti daun luruh dibuai angin ketempat tidak kutahu. Tersenyum melayan perasaan. Kerana aku tahu semua yang berlaku adalah yang terbaik untuk diri ini.

Aku suka gerimis hujan mengena kulitku.
Aku merasa aku hidup.

Saturday, June 18, 2011

Pelukan awan gelap

Pernah kamu berjalan laju sehingga terasa seperti memijak angin. Kamu berharap dapat menahan jarum jam yang berdetik dari terus bergerak. Degupan jantung kamu jelas melebihi manusia pengidap darah tinggi. Mengetahui hal yang tidak disangka berlaku.

Kemudian denyutan jantung kamu berhenti...


Seperti berada di dalam bilik gelap disuluh sebiji lampu dari atas. Tidak tahu arah tujuan haluanmu. Tersepit pada rasional fikiran yang pelbagai. Terduduk...

Datang manusia mengelilingimu yang kamu hanya nampak lirikan ekspresi memandang rendah.

Jantung bagai dipegang erat sepasang tangan. Kuat. Sakit...

Kamu masih tidak mengetahui arah tuju kamu.

Duduk menunduk terdiam membisu.

"Manusia terlalu takut pada masa depan yang tidak diketahui, sehingga lupa untuk membetulkan masa silam mereka, dan mereka terus hidup dalam kegelapan yang tidak diketahui mereka sendiri" -manusiaterlantar.


Masa depan itu hak Allah...

Thursday, June 16, 2011

Pegangan

"Islam dan keluarga, adalah dua perkataan agung bagi aku"

Aku mampu titiskan air mata untuk kedua-duanya.

Aku akan pertahankan ia walau darah ini mewarnai muka bumi.

Ini tanggungjawab aku hidup. Ini pegangan aku.


Ketika ini aku sedang menghayati bait bacaan surah yassin dari corong masjid, aku hayati akhiran bacaan ayat ke 82 dengan teliti. Kun fayakun - "Jadilah! Maka terjadilah ia." kuasa Allah. Takutlah akanNya. Peganglah ia.

Tuesday, June 14, 2011

Nasihat Hati

Jujukan buku biography orang ternama memenuhi suku kedai buku ini. Dari orang ternama hingga orang yang mahu nama. Dipenuhi kata-kata hebat membuka pintu akal menyelami isi hati. Terus ia dijadikan rujukan dan pegangan setiap hati yang ditangkap.


"Hebat!"


Ini memang satu perkembangan positif pada mata logik manusia. Tapi hati, jangan kamu lupa ya...


Sedang jejari kamu menyelak dan otak menghafal, pernahkah terfikir peribadi insan paling hebat pernah hidup di dunia ini? Yang sepatutnya dijadikan contoh dan ikutan kamu setiapnya. Pernahkah hati ini ingin mengetahui kisah hidup Baginda seperti mana kisah-kisah hidup manusia biasa pada rak-rak buku ini?


Kacip gigi geraham kamu dengan sunnah Baginda.
Jadikan Al-quran pertunjuk kamu,
Kerana tidak akan sesat kamu di dunia ini.

Tuesday, June 7, 2011

Ingatan

Cintailah aku kerana agamaku.

Dan aku ingin mencintaimu kerana agama yang ada di dalam dadamu,
Kerana budi perketimu,
Kerana akhlak mulia mu...


Tiada perkara yang lebih penting dari itu semua.

Garisan Pensil

Cuba lukiskan satu garisan panjang menggunakan pensil. Tandakan A dan B pada penghujung setiapnya. pada garisan itu letakkan sesuatu sepanjangnya. Kertas gulung, pensil, guli, megi cawan atau apa-apa sahaja.

Sekarang, lalukan tangan kamu pada garisan itu. Langgar sehaja apa yang menghalang laluan mu. Buka tangan mu, dan 'u got nothing'. Kamu masih lagi seperti pada permulaan garisan.

Lalukan kembali tangan kamu dan ambil setiap benda menghalang kamu. Pada pemghujung garisan, lihat apa yang ada didalam genggaman. Segala macam.


That's life.


Samada kamu mahu atau tidak. Kamu akan tetap bergerak pada satu garisan. Menjalani pelbagai peristiwa yang akan men'corak' hidup. Tapi Kamu akan memperolehi corak yang membentuk peribadi jiwa, jika kamu mengambil iktibar, pengalaman, kehidupan pada setiap laluan kamu. Ia mengubah kamu mengikut corak yang kamu ambil. Positif atau negatif.


"Kegembiraan bukan bergantung kepada keadaan berlakunya ia. Tapi bagaimana kita menghayati ia berlaku" -Manusiaterlantar (January 17, 2010 at 9:46am.)


Apabila kamu rasa 'cukup'. Hati kamu akan terasa tenang - Manusiaterlantar (June 7, 2011 at 4:08pm).


...

Sunday, June 5, 2011

Air mata untuk Allah

Manusia sering merungut pada apa yang tidak diperolehinya. Merungut dan menunding jari pada semua benda sehingga sanggup menyalahkan Maha pencipta.Emosi mengawal akal, manusia diperdayakan makluk penjanji penyesatkan manusia selepas adam dijadikan.

Saat yang 'kacang' baginya... Heh

Sakitnya jika memperoleh apa sahaja yang kamu kehendaki, tapi sering terlepas dengan apa yang kamu perlukan. Perit.

Mengalir air mata, terduduk tanpa ada daya. Jatuh setiap titisan kaca ke atas telapak tangan, berderu-deru tanpa ditahan. Namun, apabila kamu melihat telapak tangan dibasahi air mata itu, mampukah kamu melihat bertapa besarnya nikmat yang telah diberikan?

Setiap hembusan nafas, setiap warna yang dilihat, setiap denyutan otot penggerak.

Jika tuhan mengambil udara yang disedut iini. kamu adalah mayat!

Lihat sekeliling kamu wahai manusia. Cahaya matahari pada wajahmu, hembusan halus udara nyaman, kaki yang berpasak pada bumi ini. Jangan lupa akan nikmat sekeliling kamu. Tidak tercapai akalmu bilangan nikmat itu sendiri.


Bangun!! jangan terus terduduk. Biarkan air mata yang mengalir digantikan air mata kesyukuran, air mata ketakutan kepadaNya. Dia yang selalu ada padamu.

Sesungguhnya hidup kekal nanti hanya selepas kamu meninggalkan segala yang kamu ada sekarang. Jangan sombong pada kehidupan yang hanya untuk 50, 60 tahun ini.


Syukur.
Alahamdulillah padaMu...

Saturday, June 4, 2011

Bintang

Aku tidak pernah memerhati bintang selama ini.. Pernah, tapi tidak lama, atau tidak menghayati cahayanya.

ia,
Tenang...

Melihat ia seakan-akan berputar2 mengikut corak garisan. Garisan-garisan hasil laluan cahayanya.
Khayal...Seperti ia menepuk-nepuk bahuku menunjuk ciptaan sesuatu yang Maha Besar.


aku kagum... Mata ku seperti mandapat dadah. Celik, tanpa ada kelipan.


Allah pencipta tiada tandingan.

Friday, June 3, 2011

Tuhan.. Maha segalanya

Aku menyelongkar kembali wall facebook aku dari tahun sudah. Aku seorang yang sangat positif dahulu. Atau aku berprilaku begitu kerana ingin positif.. hehe.. Banyak kata2 hikmah.


"Suatu pengembaraan dianggap gagal kalau kita tidak mendapat apa yang kita cari. tetapi itu tanggapan yang salah. tidak ada pengembaraan yang sia-sia. cuma kau tidak faham, bahawa sesuatu yang kaujumpa dalam perjalananmu, ada kalanya lebih baik daripada apa yang kaucari" (Panrita)



Surah Al-Baqarah Ayat 216: ; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


Sesungguhnya aku kadang2 lupa ya Allah..
Aku sering bertanya, bila ketetapan hati ini telah diperolehi, kenapa ia sering kali diambil balik dari aku? Kerana aku jarang ada ketetapan hati. Dan bila aku mula ingin berlari mengejarnya, terus sahaja ia ditarik. Terus aku terduduk. Susah ingin bangun. Menangis tanpa ada batas lagi.

Walhal aku terlupa, pada masa itu, ingatan aku padaNya sangat tinggi, doa tidak pernah lepas dari lidah ini, tulang empat kerat ini tidak lekang dari ibadah kepadaMu. Tapi aku kembali lupa selepas itu.

Awak...

Saya takkan jadi begitu lagi...
Saya akan tetap berlari selepas ini...
Sakit ini, luka ini.. Akan menguatkan...


Kerana tugas ini mungkin sudah selesai... Mungkin...


Through the trees
I wIll find you;
I wIll heal the ruins left inside you
cuz I'm stIll here breathing now...
I'm still here breathing now...
I'm still here breathIng now...
untIl I'm set free.
Go quiet through the trees


Tiada ketetapan dalam sesuatu. Segalanya mungkin terjadi.
Ia tidak mungkin akan berakhir...

Saturday, May 14, 2011

Emosional

Aku menulis entri yang agak panjang tadi, tapi terlalu emosional penulisannya.


Jadi aku padamkan.
Kerana aku masih lagi rasional.


Aku tidak mahu menjadi manusia bodoh dalam pandangan mata aku sendiri.


*bodoh*

Wednesday, May 4, 2011

Kesedihan

Sejak dari kecil, aku jarang melihat mama tersenyum sejujurnya,
Air mata dah menjadi peneman diri mama,
Aku hanya mampu melihat dari jauh, dan tidak membuat apa-apa,
Kaku di penjuru tanpa daya.

Aku ingin memeluk, menghangatkan hati sedihnya,
Namun aku tidak tahu bagaimana caranya,
Dan perjalanan hidup aku dipernuhi dengan titisan air mata mama tanpa aku membuat apa-apa,
Walau aku sudah merasa tanggungjawab aku menenangkan dia sekarang...

Setiap air mata mama jatuh, setiap itu hatiku menangis,

Mama, akem nak sangat jadi permata hati mama,
tapi akem tak tahu nak buat apa,


bila mama memerlukan seseorang...

Monday, April 25, 2011

Aku?

Kaki ini semakin berat,
Semakin berat pada setiap langkahnya,
Aku seperti sudah mahu berputus asa,
Aku mahu tinggalkan segalanya,
Aku mahu menyelam ke dasar laut,
Tinggal disana, Jadikan jerung kawanku, Jadikan paus bulanku,
Buih dari mulut ini musik telingaku,
Getaran gerakan arus angin hati aku,
Manangis pun takkan ada yang tahu,
Aku merasa ingin hidup tanpa ada manusia lain,
AKu hanya racun pada mereka,
Aku tidak sanggup melihat mereka tersiksa..

Dan langkah ku semakin berat setiap gerakannya...

Sunday, April 24, 2011

Mata Ini

Mata ini makin senang berkaca-kaca,
Berkaca bila melihat keindahan hidupan dalam laut,
Berkaca bila melihat kepukan kabus berlari keluar dari permukaan bukit,

Berkaca melihat dunia yang semakin tiada harapan,
Berkaca melihat hutan yang sedang dibakar,
Berkaca dengan perbuatan bodoh aku pernah lakukan,

Aku sering memberikan cas-cas positif melalui kata-kata pada mereka yang mermelukan..
Namun,

Nampaknya cas negatif semakin suka dengan aku,
Jika dilihat dari jarak jauh, seperti ada awan hujan menapak tepat di atas kepalaku,


Itu mata, kalau hati lagi cepat meremuk...

Menyesal...? Ya.. Itu pengajaran dalam jalan kotor aku..

Namun,
Aku lebih takut padaNya atas perbuatan aku ini..

Wednesday, April 20, 2011

Hati ini

Dihidupkan adalah untuk menerima ujian dariNya.
Memang itu asal usul kejadian ini.
Agar taat kepadaNya, Agar menjadi khalifah dunia milikNya ini.
Aku akan cuba sedaya upaya ingat akan ini.
Aku manusia, Aku mudah lupa, Aku mudah terpedaya,
Aku tidak kuat imannya.... Tapi aku akan cuba...

Sedaya upaya ku..

Aku tidak mahu menjadi kotor agamaku lagi,
Dilihat teruk oleh agama lain,

Islam itu indah, yang membuatkan ia dipandang serong kerana penganutnya,


Aku akan tanamkans selalu rasa berprasangka baik padaNya dalam hatiku.

Sedalam-dalamnya...

Kerana aku milikNya,,

Saturday, April 16, 2011

Dunia III

Ini sepatu aku.. Ini jalan aku pernah tempuhi..
Lihat kekotoran padanya, lihat lubang-lubang padanya,
Oh, tiada siapa yang mahu melihat akan ia, hanya kelibat ia dilihat,
Dan terus menerus membuat takulan nafsu sendiri.

Ambil sepatu aku, pakai ia..
Aku mahu lihat mampu kamu berdiri diatasnya,
Mampu kamu berjalan tanpa ada setitil air mata mengalir,
Lihat dan rasainya sahaja tanpa bicara..

*Diam... Diam..*

Aku pernah melihat banyak sepatu pada alam ini,
Setiapnya aku cuba menyarung akan ia, Untuk merasa, untuk melihat rasa sakit si pemiliknya....
Kerana itu aku rasa sepatuku tidak cukup kotornya, lubangnya...
Ia terlalu bagus berbanding sepatu-sepatu mereka yang lain...

Jangan kamu cepat merasa gah dengan dirimu, jangan kamu terlalu cepat menitiskan air mata jika berlaku musibah.. Ia terlalu kecil berbanding mereka yang lain...

Mereka kuat tanpa rungutan dan air mata...


Mereka sudah tiada air mata untuk dititiskan lagi...

Monday, April 11, 2011

Akal itu membezakan manusia

"Ikut nafsu lesu, Ikut hati mati"

Tu peribahasa melayu yang orang dulu2 buat mengikut pengalaman hidup diorang.
Dan dunia ni masih bulat, masih sama.

"Every action come with reaction"

Hukum dunia..
Aku pegang benda ni menjadi prinsip aku.
Sebab setiap pengalaman aku memberikan keputusan begitu.
Betul yang setiap berlaku dariNya. Itu hak Allah untuk menentukan.
Tapi aku pegang prinsip ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Aku gunakan akal untuk sesuatu pemasalahan.
Aku jadikan hukum sebagai jalan aku.
Aku teliti setiap satu "reaction" yang akan berlaku pada "action" aku.


Dan aku akan mengambil masa yang lama untuk sesuatu keputusan,
Agar aku takkan menyesal dengan keputusan aku itu.
Dan sepatutnya aku tak perlu menyesal kerana itu langkah aku.

Wednesday, March 9, 2011

Semakin

Si ibu tak akan tahu kemana benihnya pergi,
Menangis getah sekali pun mereka akan tetap pergi,
Kau pecahkan dinding itu melihat sinar matahari,
Setelah sang air memberikan tenaga,dengan IzinNya untuk kehidupan,

Bunga itu semakin mekar,
Semakin berkembang,
Kau senyum melihat dunia,
Dan kau hampir bersedia untuk meneruskan keturunanmu,
Tidak lama lagi,
Semakin hampir...


Maneruskan hukum alam...

Saturday, February 26, 2011

Aku ada satu hati banyak laci

Aku masuk ke dalam bilik itu.. pandang warna dindingnya...Hurmmm, Lebih banyak warna hitam dari warna putih aku rasa... Hmmm, Kalau macam ni senang api nak sambar ni.. Berjalan, menuju ke arah laci-laci pemenuh ruang bilik itu.. Ku bukak setiap lacinya, melihat isi kandung.. Aku ketawa, menangis, secara berselang2.

hehe..
Penuh dengan isi rahsia..
Memang sukar aku kongsi isi-isi nya pada sesiapa..

Dan aku buka satu pintu laci yang paling berat..
Wah, berselirat.. Penuh dengan alatan tidak lengkap..
Alatan bercampur2 antara satu sama lain.. Bagai patung yang dijahit dengan anggota tubuh dari patung lain.

Tapi aku tidak pernah kisah akan ketidaksempurnaan ia,
Sempurna bagi aku hanya kata hati yang berbeda setiap individu...
Tiada hukum yang tetap dari segi penilaian piawai,
Aku susun semuanya atas permaidani..

"Sempurna" Aku berbisik...
Walau ia agak bertentangan ngan prinsip aku, tapi aku rasa ia sempurna,
Aku faham akan setiap strukturnya, Aku boleh melihat jalan hujungnya,
"Boleh lagi ni"-iringan lagu paramore 'the only exception'.

Aku biarkan semuanya disitu, berjalan menuju pintu,
Tutup- Kunci kembali-



Aku tidak tahu takdir yang akan aku lalui.. Tapi akan selalu prasangka baik akan ia. Kerana aku percaya setiap yang berlaku adalah yang terbaik untukku.. Dan setiap yang terjadi adalah ujian bagiku.



Antara gambar yang terus terukir dalam hati aku pada pandangan pertama sahaja.
Aku mahu begini. Sungguh...

Friday, January 21, 2011

Macam tu?

Lepas diberikan tekanan,
Lepas diberi rasa beban,
Lepas banyak kutukan diberi,
Lepas jantung di perli2,
Ko senang2 datang macam tu je?
Ingat ini mainan?

Bullshit!

Selfish?

Saturday, January 8, 2011

Hukum

Yang membedakan manusia dan haiwan adalah akal,
Gunakanlah akal mengimbangi hati dan perasaan itu,
Biarkan ia seimbang..

Jika perasaan mula mengerakkan tubuh badan itu, tekan ia dengan akal. Agar sempurna zat yang sedia sempurna itu.

Yang membedakan setiap akal manusia itu sendiri adalah iman,
Bukan untuk membutakan akal dan menekan daya kretiviti logik manusia itu,
Tapi untuk membukakan mata hati melihat perjalanan dunia.. Menetapkan keseimbangan diri itu sendiri tanpa ada yang terlebih-lebih..

Hukum itu sempurna..
Manusia itu seimbang..

Tuesday, January 4, 2011

Dah 2011?

Aku tak pernah teruja dengan kedatangan tahun baru,
Kerana bagi aku itu hanya nombor,
Dan orang sibuk-sibuk melihat bunga api,
Dum Dum Dum Dum... Balik..
Esoknya masih sama.. Heh *Sinis*

Tapi setiap tahun aku letak pencapaian,
Bukan untuk menjadi azam tahun baru,
Cuma untuk kepuasan pencapaian diri,

Tahun lepas aku berjaya..
Bejaya belajar berenang.. Berjaya atasi ketakutan pada ketinggian..
Berjaya membeli kembali kamera dslr... Berjaya mengumpul wang lebih 10k (oh, ini sasaran 2 tahun lepas sebenarnya, haha.)

Tahun ni aku mahu, menyentuh kaabah, bercuti di pulau, berlajar bermain piano, bekerja secara hardcore, dan kawin (oh, yang ini mungkin tahun depan.)

Dan sekarang baru aku teruja dengan tahun ini.. Hehe


Kalau hanya dapat menyentuh kaabah sahaja.. Itu dah cukup puas bagi aku..