Monday, April 29, 2013

Cahaya

Sayang..

Sekarang aku mengerti kenapa kita disatukan,

Mari,

Pegang erat tanganku, kita bersama meneroka jalan menuju syurga,

Jaga dirimu untukku,


Sesungguhnya Allah itu maha besar dan maha mengetahui.

Kembara

Wow, its been awhile since i been everyday blogger.
Bersawang blog ni,
Banyak benda terjadi dalam setahun dua hidup ini,
Besar,kecil, hilang, datang,
Dalam banyak-banyak pengalaman hidup, perkara yang paling sukar dilupakan pasti melibatkan hubungan sesama manusia,
Segala memori yang di kongsi, perit bila insan tersebut telah tiada,

Nenek aku baru pergi tinggalkan dunia, sebulan lepas,
Tinggalkan dunia yang dikejar ramai manusia,
Ketika kematian jarang aku merasa sedih, kerana otak aku seolah dibuat untuk lebih berkhayal,
Untuk lebih berfikir dalam, berfikir ketika berada di liang lahat,
Hari pertama perjalanan baru hidup abadi,

Aku belum cukup amal untuk itu,
Bagaimana hubungan aku dengan ibu bapaku yang masih hidup?
Bagaimana tanggungjawab aku yang masih ada?
Apa ilmu yang telah aku berikan pada isteriku,
Dan yang paling penting tanggungjawab aku pada Allah?
Aku mahu kembali positif, super positif seperti dua tiga tahun lepas,
Semangat positif yang mampu bawanaku lebih jauh,
Aku perlu belajar lebih jauh, sekarang aku ibarat kosong, penuh duniawi kosong bawaan hari nanti,
Amin.

Jika aku tiada, jangan ditangisi, jangan dihiasi kuburku,
Jangan ade tahlil untukku, jauhi bidaah yang menyesatkan,
Lakukan amalan sunnah dr rasullullah,
Jadikan mayatku satu titik kearah perubahan mengejar ilmu yang betul.

Im officially quit photography,

Aku bermanhaj salaf.