Sunday, September 7, 2008

Hidup Sarjan Hassan!! Hidup Sarjan Hassan!! (??)

*Bep..Bep...beeepp!!*
*Bep..Bep...beeepp!!*
Telifon tangan aku berbunyi (Alarm aku memang berbunyi begitu, jangan tanya kenapa)

Huaarrgghh... Oh, dah pukul 5, sahur la dulu. Aku turun bawah berbekalkan roti dan milo panas menekan butang On tv. Ehh, tv aku rosak ke ni? Kenapa warna hitam putih? Oh, Cerita Sarjan Hassan. Cerita sarjan hassan tengah ditayangkan pada chanel 105 astro prima.

*Ngap* Slurrrp* Ngap* Slurrrp*

Berbekalkan irama makan dan minum serta lagu berjuang babak terakhir filem itu membuatkan mata aku dah tinggal suku. Mana hilang yang lagi tiga suku? Haa, lagi tiga suka ada kat kepala kau. Yang kau banyak sangat bertanya ni pesal??

Babak terakhir itu memaparkan 1 lwn 1 antara Sarjan Hassan dan Buang. Seperti kebanyakkan filem2 melayu yang sedia ada, mestilah hero yang menang.

Dengan mengah Sarjan Hassan berkata
"Dengar sini kawan-kawan ku sekampung aku berharap, jangan lah hendaknya ada lagi manusia seperti ini di tanah air kita, kerana manusia seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita. Ya ,mmg bangsa kita masih muda dan lemah. Tapi Aku tak perduli itu semua. Harapan ku hanyalah kita sesama bangsa bersatu hendaknya." Then Ending

Agak2 la. Orang2 tu boleh ingat sampai bila ayat2 Sarjan tu? Esok dah kena pegi menoreh balik dah, pegi sawah, panjat pokok kelapa. Paling lama pun seminggu je la kot. Yang Sarjan tu pulak bukannya nak pahat ayat2 dia kat batu besar. Batu besar dalam kepala juga ada duduk buat apa. Yang orang2 tu plak sorak ramai2. Bukan nak tulis apa yang Sarjan tu cakap walhal tangan pegang parang. Conteng je kat badan2 orang tengah bersorak kat depan tu.

************************************************************************************

Benda yang elok haruslah dikongsi bersama-sama (disebar) dan jangan lah korang duk melonjak sana melonjak sini bila dunia dah aman. Sebab manusia seperti Baung ada dimana2. Watch Ur Back Please

Eh.. apa kerja gila aku duduk mengadap komputer ni lagi walhal ayam dah berkokok mengulik untuk aku bermimpi?

Manusia. Memang cepat lupa. Tido gak best!!. Serius , Terbaekk!

11 comments:

Rahimin Idris said...

baung ke buang? hahahaha

manusia terlantar said...

Rahimin Idris : Ehh.. ko tak tengok Sarjan Hassan ke? Memang nama dia Baung la. Rumah ko mesti takde tv kan masa kecik-kecik dulu masa Teater Lagenda selalu dimainkan.

ijan said...

ntah2 time sarjan hassan tu ckp pun diorg bkn nye dengo. yg diorg tau org baik dah menang. pastu sorak2...

manusia terlantar said...

Sultan : Manusia dude. Memang begitu.

Eireen Camelia said...

aku tak pernah tau ape itu sarjan hassan. adekah die entiti berbentuk manusia, atau meteor?

n a s e h a said...

sarjan hassan
homosapien berbulu
=P
kan da makruh puasa
aih

manusia terlantar said...

Eireen Camelia : meteor? Kau memang sangat ketinggalan. Sangat! . Please search dekat youtube.

Seha : Aah, dia tu homesapien berbulu. Tapi aku tak tahu la tang mana yang lebatnya. Ko tahu?

Eireen Camelia said...

Oh, Sarjan Hassan ialah manusia lah!!!! wawawa

manusia terlantar said...

Eireen Camelia : Wah, aku tak tahu pulak yang ulat beluncas sangat cepat belajar. Kurang di sembur racun serangga ya ditempat kamu?

Haha

Eireen Camelia said...

eh eh hina aku punye habitat pulak die ni. ini suda lebehhhh..

weh weh aku tesilap anggap dri sndri. aku bukan ulat beluncas tolonglaaa

manusia terlantar said...

Eireen Camelia : Kadang-kadang kita akan kantoi mengaku diri kita yang sebenar secara tak tiba-tiba. Sebab naluri kita tak suka menipu.

Kau memang ulat beluncas.