Sunday, September 7, 2008

Aku Dan Perempuan

1st time aku masuk bilik darjah masa sekolah rendah, aku pandang kiri,kanan, kiri,kanan aku tanya bapak "Kenapa semua lelaki pa?" ayah aku dengan rasa kasih sayang kepada anaknya masih lagi comel gebu membalas"Ni sekolah lelaki sayang"

"Oooo.. sekolah lelaki"

Apabila aku jejakkan kaki sudah layak ke sekolah menengah dengan muka dah pecah,suara baru nak pecah aku pandang kiri,kanan,kiri,kanan. "Ehh,semua lelaki"

"Oooo..sekolah lelaki"


Keputusan PMR yang agak cemerlang bagi pelajar malas dan tak pernah membaca membolehkan aku masuk sekolah asrama yang mempunyai pelajar perempuan. Tapi sudah terlambat, kemahiran berkomunikasi dengan perempuan sudah mencapai tahap -ve. Aku kurang selesa dengan perempuan. Plis jangan label aku gay. Aku mempunyai akal yang waras dalam hal itu.

*************************************************************************************
2008 (setiap kali hari minggu)

*tap..tap..tap*

"Woit Robert (Dia adalah muslim, orang kampung datang bandar memang begitu namanya), tak boring ke? Orang lain hari minggu keluar dating yang engkau?"

"Boring la ada awek, engkau cakap aku, engkau tu"

*tap..tap..tap*

"Sama la.. Ada awek buat apa. Lepak2 rumah la baru best" Aku membalas.

"Ko memang TD dow, loser, cakap la yang engkau penakut nak borak ngan perempuan" Robert berkata.

*tap..tap..tap*

"Ahh, engkau pun sama seorang loser, Oi, sial, tengok, engkau la ni , kan dah mati aku "

"Loser~ maen game je kerja engkau" *tap..tap..tap*
"engkau pun sama"
************************************************************************************
Bapak... jangan ditanya bila aku nak khawin. Bukan salah aku. Salah Robert, dia tak ajar aku.

13 comments:

Eireen Camelia said...

nak kahwin tanak kahwin nak kahwin tanak kahwin nak kahwin tanak kahwin............. (bisikan dari kiri kanan ehehehe)

sultan said...

robert tu bkn power pun. ko berguru ngan aku je la. haha...

manusia terlantar said...

Eireen Camelia : Ishh.. lalat.. syoohh.. syoohh...

Sultan : Kau power? Aku nak berguru dengan kau tapi keputusan praktikal dari orang yang mencuba belum lagi ada hitam putihnya. Kalau dah ada faxkan kepada aku ya.. Thenks.

err.. Aku nak yang putih sahaja, yang hitam kau tak payah fax la..

Eireen Camelia said...

hey, aku tidak mahu dilabel lalat. rama-rama mungkin lebih sweet dan sesuai

manusia terlantar said...

Eireen Camelia : Rama2? Ok2 (Parang ditengkuk).. Kalau rama2 sebelum matang ok?

Ulat beluncas?

soooo sweeettt!!

Eireen Camelia said...

shadap yu. kata2 berbaur perkauman betul. eh eh kau skola mckk ye. atau rmc?

manusia terlantar said...

Eireen Camelia : Ohh, dalam malaysia ni ada dua sekolah tu je ke yang pelajarnya lelaki?

Tidak sama sekali ulat beluncas!! Jawapan kau salah.

Dan aku tidak racist la. Ulat beluncas bagi aku sangat kiut la.

Eireen Camelia said...

cilake. kau dah menggelar aku ulat beluncas. ini tidak adil!

haha yg aku tau psl skola lelaki 2 tu jela. pastu skola prmpuan convent bkt nanas & tg kurshiah. ada lagi eh selain tu?

manusia terlantar said...

Eireen Camelia : Dunia mana adil wahai ulat beluncas. Aku bukan asal dari kawasan barat la. Cuba lihat frenster kamu.

Pernah rakan2 kamu dimakan labah2 kerana memasuki kawasan larangan?

Eireen Camelia said...

ohh kau berstatus kerek di frenster ya. nak add pastu ngade2 tnya aku email la last name la. geletek kang tau la

manusia terlantar said...

Eireen Camelia : Kau nak gelatek aku? Sorry la.. Kau kena beratur dulu , sebab ramai yang tengan beratur nak geletek aku.

Kaunter bayaran dekat hujung sana ye.

Aku dah add ko fster. Termasuk komen gambar2 kau. Haha.

aRe You? said...

:))

conclusion cite nak ckp u x kawin lagi sbb salah ur dad anta skulah laki?

*gelak guling2*

manusia terlantar said...

aRe You? : Mane ada.. Takkan la aku nak salahkan bapak aku.. Berdosa la aku kalau niat macam tu. Salah robert la.