Monday, September 8, 2008

Cikgu. Aku Tak Bersalah!

Form 4. Zaman muda yang banyak beri kenangan indah dalam hidup aku. Aku pernah dapat no 122/122 dalam form. Aku pernah dapat 121/122 dalam bulan berikutnya. Ya, aku tidak pandai kerana aku tidak hadir ke kelas selama setengah tahun. Sangat indah bukan.
Aku hadir ketika kehadiran diambil sahaja. Kemudian aku lesap. Jarang aku ada sepenuhnya di dalam kelas. Aku tak perduli. Darah muda bodoh ketika itu membuatkan aku tidak fikirkan masa depan.

Satu hari,
Kaki lima tepian kelas menjadi tempat lepak biasa ketika waktu rehat dilalui seorang cikgu pelatih yang agak menarik bentuk ciptaan wajahnya.

"Cikgu bahasa omputeh kita best kan. Tak macam cikgu tu tak best lansung"
"Tu la, dah la muka tak lawa, control ayu je kerja dia, agak2 kerja sebagai cikgu boleh buat ke?"
"Bla...bla..bla.. (kutukan-kutukan biasa pelajar nakal - contoh ayat seperti daun kering ditiup angin bayu atau bunyi deruan ombak yang indah adalah tidak masuk akal sekali untuk di isi di sini)

Muka cikgu itu sudah merah padam, dan aku tahu bukan disebabkan sengugut atau malu dipuji.

*
10 minit kemudian

"Pengetua nak jumpa kamu, kamu dan kamu serta kamu di kelas 4 beta" Beritahu seorang balaci sekolah dipanggil pengawas ketika kelas baru hendak bermula. *aduh.. gluurpp

***********************************************************************************

"haah pengetua, budak-budak kurang ajar ni la " Cikgu pelatih mengadu sambil matanya sudah berkaca-kaca bukan tanda gembira atau tidak tahan geli di geletek.

"Eh, Bila pulak kami kurang ajar. Bukan kami cikgu, kami pelajar-pelajar yang tekun mengulangkaji pelajaran cikgu, tidak pernah kurang ajar dengan sesiapa sahaja mahupun haiwan" Ayat mempertahankan diri yang sudah lapuk diungkapkan.

"Kamu tunjukkan pelajar yang mana satu" Pengetua dengan mata seperti proton waja menunjukkan kegagahannya didepan semua orang.

"Yang saya ingat seorang tu memakai kaca mata, pengetua"

Hanya terdapat dua orang yang memakai kaca mata dalam kumpulan itu, calon yang pertama adalah seorang yang bermuka baik nak mampus, dan calon yang kedua... Ya.. aku

Tanpa banyak berfikir aku dengan serta merta berkata...

"Ah!! Dia ni pun pakai kaca mata jugak !!" Sambil menunjukkan kepada calon pertama.

Suasana sunyi.. Hanya bunyi kipas tanpa semburan wd40 kedengaran.

"BODOH!!" Aku dengan serta merta merasakan aku sangat bodoh.

*PPPIAAAAPPPP !! *

8 comments:

Eireen Camelia said...

ekau apokono eh janggg?? hahaha. kau lum pakar lagi bab criminalism ni.. pegi pegi prektis supaya lebih kurang ajar lagi

sultan said...

ko ni kalo wat salah x pdai kaber2 la. senang no kantoi. kes google aku pun x lame lg settle sbb aku rase suspek memakai cermin mata. haha...

manusia terlantar said...

Eireen Camelia : Aku tak suka kurang ajar. Dan aku tak ada masa nak belajar lagi ilmu itu.

Ko tahu ilmu terbang atau ilmu jalan atas air.?

Yang tu aku nak belajar

Sultan : Hey, aku tak bersalah pasal hal tu ok.. Cuma aku tiba2 rasa cuak.
Tak tahu kenapa.

Tiba-tiba..

aRe You? said...

g blaja wat jahat ngan yosh dulu :P

Eireen Camelia said...

aku boleh membimbing kau dalam ilmu hisab aje. berminat?

manusia terlantar said...

Eireen Camelia : Ilmu hisab? Kalau ia boleh membuat kan aku kaya seperti belajar ilmu terbang atau berjalan atas air aku berminat. Kalau hanya membolehkan aku mendapat kerja di sektor awam atau swasta, mintak maaf la. Aku tak punya masa untuk kamu.

aRe You? : Aku suka cerita pinggu yosh.

Eireen Camelia said...

emm salah. sbb ilmu hisab aku hanya mengajarkan sape2 yg bminat mnjd penagih tegar, atau kata lain sampah masyarakat.

manusia terlantar said...

Eireen Camelia : Aku lebih berminat tentang cerita Punk makan sampah kalau begitu.

Apa yang kau mengarut ni setann~
Ilmu hisab la.. ilmu hisab.. bukan isap..adoihai~