Friday, October 24, 2008

Aku masih teringat..

Satu malam.. Ketika aku sedang mengeluh tentang malam yang dingin dalam tunggangan besi buatan manusia di jalanan..

Aku terpandang seorang lelaki kurus sedang berbasikal usang dengan hanya memakai sehelai t-shirt nipis..

Dengan sebelah tangan memeluk erat anak kecilnya pada bahagian hadapan badannya..

Namum , masih terukir alunan indah senyuman kasih yang jarang aku lihat hari ini terpancar dari wajahnya..


Aku sedar, aku sering mengejar sesuatu yang aku mahukan sedangkan aku terlupa sesuatu yang aku perlukan...

3 comments:

sultan said...

aik... layan perasaan nmpk. ape yg ko perlukan tu...

Ami said...

Dia perlukan budu.

manusia terlantar said...

Sultan : Ada la.. Shhh~

Ami : Itu pun benar!