Sunday, October 12, 2008

Aku dah tua ke?

Semalam aku maen futsal. Selepas tiada senaman berat atau ringan selama 3 bulan. (Kau la ami.. pesal ko tak 'push up my tempo' untuk ke track?).
Maen 2 jam, ada 20 orang. Jika dikira logik dengan menggunakan otak sebelah kiri setiap team (5orang) akan maen dalam 30minit..

Aku semput!! Tidak sempat pun peluh pertama aku melalui lubang pusat aku.

Ishh! Takkan sebab tak
jog 3 bulan pun dah semput macam ni.. Nafas aku memang tak stabil lansung.. Kalau mencuri dalam islam dibenarkan.. Aku nak je mencuri nafas member2 aku yang lain di sebelah.


Aku duduk je tepi gelangang tu..

"Emm.. Aku dah tua ke?" Aku berfikir sambil melihat kepulan asap dari batang rokok terakhir yang aku baru je beli petang tadi...

6 comments:

Ami said...

Balik-balik..aku jugak yg salah

sultan said...

kalo cam ni gayanye baik ko main winning eleven je la. haha...

Eireen Camelia said...

nak join aku main barbie doll atau saidina? takde mengeluarkan peluh tau. serius.

akuyanhashim said...

main tidur2 lagi best
sure kau tak semput
apakah..
bukan pasal kau dah tua lah..
tapi pasal kepulan asap dari batang rokok duh..
ehe ;)

peace

eraerzarusli said...

ntahnya...

1. ko mmg dah TUA

2. kepul asap tu yang menyebabkan ko TUA!!

3. baik ko berentikan kepul asap tu dari bermaharajalela dalam badan ko sebelum ko TUA!!!!

manusia terlantar said...

Ami : Biasala ami.. Manusia, selalu salahkan orang lain.

sultan : Err.. Kalau kau bagi aku handicap 5 gol aku main.. Aku cukup lemah bermain game bola. Kamu mainlah ngan ami.

Eireen Camelia : Tak boleh! Mak aku cakap jangan main2 dengan perempuan. Jiwa mereka cepat terluka..

errr..??

akuyanhashim : Sebab tu ke? Kamu pasti?

eraerzarusli: Setiap manusia mempunyai impian. Biarkan aku menikmati impian ini di jiwa sebelum aku mencapainya.

Entah bila lol..