Pagi tadi aku layan geng bas sekolah .. Cerita budak2.. Ok la.. Tapi lagi ok dari fuyoo magic 2 .. Kenapa? Try layan fuyoo magic tu.. Mesti tercirit-cirit sebab nampak pelakon2 amatur seakan-akan tiang gol sedang berlakon.. Aku tidak pandai berlakon.. Tapi aku sangat pandai memberi komen lakonan..
Juga secara amatur..
Aku sangat ingin nak tengok geng bas sekolah di Hong Kong.. Adakah mereka mempunyai tatu geng di belakang badan mereka?
Melly sangat kiut. Hihi.
Wednesday, October 29, 2008
Teka teki Abdul Wahab
"Ini ada satu teka teki.. Jika diatas langit... Dibawah bumi.. apa ditengah-tengahnya..?"
"Err.. Bulan?" Jawab Wanita disebelah kanan Abdul Wahab..
"Amboi.. mentang2 wajah saudari macam bulan asyik ingatkan bulan je la ye. Salah tu" Abdul wahab menjawab.
"Err.. Angin?"Jawab Wanita didepan Abdul Wahab pula..
"Ehh.. kenapa pula angin..? angin satu badan ke? Abdul Wahab membalas.
"Err.. Hujan?"Jawab Wanita disebelah kiri Abdul Wahab..
"oo,mentang2 sekarang musin hujan ingat hujan la ye"Abdul Wahab berkata.
"Salah.. Semua salah.. Jawapannya adalah 3 Titik.."
"HAHAHA!" Kesemua mereka ketawa..
Scene bertukar kepada adiknya Abdul Wahid..
Oiii gile.. !! Apesal tiga titik? Jam dinding punya manusia, pesal jawapan dia 3 titik.. Alahaii cite ni.. Oiii..oiiii..!
Aku tidak boleh tidur semalam sebab asyik pikirkan kenapa jawapan dia 3 titik...
...

Friday, October 24, 2008
Aku masih teringat..
Satu malam.. Ketika aku sedang mengeluh tentang malam yang dingin dalam tunggangan besi buatan manusia di jalanan..
Aku terpandang seorang lelaki kurus sedang berbasikal usang dengan hanya memakai sehelai t-shirt nipis..
Dengan sebelah tangan memeluk erat anak kecilnya pada bahagian hadapan badannya..
Namum , masih terukir alunan indah senyuman kasih yang jarang aku lihat hari ini terpancar dari wajahnya..
Aku sedar, aku sering mengejar sesuatu yang aku mahukan sedangkan aku terlupa sesuatu yang aku perlukan...

Aku hanya..
Aku hanya entiti lemah dalam nebula semua yang memandang.
Adakah minda kamu hanya berpaksikan emosi semata-mata tanpa ada simetri indah antara minda dan jiwa?
Apa yang kamu tahu tentang hidup jika kamu tidak boleh menilai kehidupan orang lain?
Apa mampu kamu bercakap-cakap dengan gah walhal kamu tidak tahu erti keperitan?
Teruskan hidup kamu begitu wahai si penjilat ludah..
Hiduplah di dunia kalian sendiri..
Aku mahu terus meluncur...
..

Sunday, October 12, 2008
Aku dah tua ke?
Semalam aku maen futsal. Selepas tiada senaman berat atau ringan selama 3 bulan. (Kau la ami.. pesal ko tak 'push up my tempo' untuk ke track?).
Maen 2 jam, ada 20 orang. Jika dikira logik dengan menggunakan otak sebelah kiri setiap team (5orang) akan maen dalam 30minit..
Aku semput!! Tidak sempat pun peluh pertama aku melalui lubang pusat aku.
Ishh! Takkan sebab tak jog 3 bulan pun dah semput macam ni.. Nafas aku memang tak stabil lansung.. Kalau mencuri dalam islam dibenarkan.. Aku nak je mencuri nafas member2 aku yang lain di sebelah.
Aku duduk je tepi gelangang tu..
"Emm.. Aku dah tua ke?" Aku berfikir sambil melihat kepulan asap dari batang rokok terakhir yang aku baru je beli petang tadi...

Tuesday, October 7, 2008
Abang Jual Ape ni?
Mak!
1st thing aku buat masa balik ke kg adalah membuka peti sejuk... belek..belek.. takda apa-apa.. cisss!!
Ada air kosong je.. teguk..teguk.. satu ulasan dalam minda muncul..
Air kosong luar = Tak sedap
Air kosong kat rumah = Sedap gile
Pesal weii... Sumua jenis makanan yang aku sentuh kat rumah dari yang kering, kurang lemak, berminyak atau apa-apa jua sangat sedap.. walhal cara pembuatan sama je dengan diluar..
Pelik..
Kata-kata 'Bekas air tangan mak memang yang terbaik' memang sangat tepat sekali.
Petang tu juga aku beranikan diri ingin bertanya satu soalan cepugangsa..
"Mak.. sebelum mak masak air mak celup tangan berapa lame ek??"
Tapi melihatkan mak aku tengah pegang pisau daging aku cancel kan..
Aku tetap tak berani..
Agak2 kamu berapa saat yang aku ada untuk mengelak pisau daging tu dari hasilkan parut kekal di dada aku???
Selamat Hari Raya Mak.. Selamat Hari Raya Semua~

Subscribe to:
Posts (Atom)