Wednesday, October 13, 2010

Andai kata

Andai kata bukan nama aku yang disebut,
Bukan kamu permaisuri aku di syurga,

Ingatlah,

Jaga diri kamu baik-baik,
Ingat asal usul kejadian ini,
Ingatlah hala tuju diri ini,
Satu kehidupan akhirat yang kekal,
Fikirkan lebih dari dunia ini,
Dan berikan yang terbaik dalam hidup kamu,
Jadilah yang terbaik pada pasanganmu,

Jadilah seorang isteri yang solehah,
kerana itu adalah permata terbaik seorang lelaki,
Nikmat yang paling mulia pada jiwa lelaki,
Selalulah berdoa pada allah,

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).

Never stop seeking the guidance from Allah.
Doa itu ibadah,

Itu asal usul kejadian kita,
Segala yang ditetapkan olehNya adalah yang terbaik pada kita,
Jadikan al-quran dan sunnah peganganmu,
Takkan kamu lari dari tujuan itu.

"i wish"
Ya, kata-kata itu selalu berlegar-legar dalam hati ini untuk kamu,
Namun sering kali ia ditentang,
Allah tidak membuka hati ini dengan sepenuhnya,
Mungkin ada sebabnya,
Kerana Allah mengetahui dan kita tidak mengetahui.

Dan andai kata nama aku yang disebut,
Aku mahu kamu menjadi isteri yang solehah,
Permaisuri bersamaku didalam syurga.
Tiada yang lebih nikmat selain itu.

Amin.

Sesungguhnya Allah maha besar...

Monday, October 11, 2010

Hati

Aku hanya menunggu,
Kerana aku tahu segala yang baik hanya dariNya,
Tidak lepas lafaz memujiNya dari lidahku,
Hati ini ku ajar sentiasa ingat padaNya,

Aku sudah sedia dengan sebarang kemungkinan,
Sungguh aku sayang padamu,
Tapi aku takut aku sayang hanya pada dunia,
Sehingga aku melupakan cinta yang agung,

Jangan di risau hati ini,
Aku kuat,
Aku hanya mahu mereka yang pernah berada di sisi aku bahagia,
Sesuatu yang tidak mampu aku berikan.

Serahkan segalanya padaNya,
Kerana Allah tahu apa yang kita tidak ketahui,
Allah maha perancang,
Allah maha besar.

Surah Al-Baqarah Ayat 216: ; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Sunday, October 10, 2010

Bila akhirnya

Aku senang disentuh..

Islam,
Kekuatan iman..

Itu sahaja..

Biarkan aku mencintaimu kerana agamamu,
Tidak banyak aku mahu...
Itu sahaja...

Wednesday, October 6, 2010

Hanya Dunia

Dunia adalah ilusi,
Mencengkam hati muntahkan bisa,
Bisa yang membutakan mata hakiki,
Menutup semua pintu hati...

Bukakanlah mata hati..

Ingat asal sebelum terbentuk ilusi...

Sunday, September 26, 2010

Aku hanya ada satu hati

Hati aku satu,
Bentuk tak pernah berubah,
Hasrat berubah-rubah,
Tapi hati aku tetap satu...

Dalam dunia ini aku cuma perlukan satu hasrat,
Mati dalam keadaan beriman,
Itu saja,
Satu...

Aku cemburu pada mereka yang mati syahid...
Sungguh aku cemburu,
Mereka berani,
Kalau aku belum tentu aku berani.. Haih~
Target aku sekarang hanya satu,
Cinta pada yang Satu...

Tewas... Terus tewas..
Satu-satu tumbang,
Rebah menyembah dunia,
Dipijak muka pada jalan duri.
Aku mahu terus bangun.. Bangun..
Lepaskan segala yang hitam dalam hati ini,
Melekat, Dipahat pun belum tentu boleh keluar,
Tapi bukan maksud tidak boleh, kan?
Aku akan terus bangun.. Lekas bangun...

Dunia ini persinggahan... Kepada satu dunia kekal..
Akhirat...

Cakap banyak pun tak guna kan?? He..

"Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we must do." (Bruce Lee)

Tuesday, September 7, 2010

Sahabat

Aku jarang memberi panggilan sahabat pada rakanku,

Sangat jarang...

Jika ada pun rasanya sangat kecil bilangannya,
Setiap kata panggilan itu aku meneliti setiap maksudnya,
Apa sahaja berlaku padanya dapat aku rasai,
Mungkin tidak sekuat yang dirasainya,
Tapi sudah cukup kuat darah yang mengalir dari hati ini,

Aku mungkin tidak mampu berada di sisi mereka setiap masa,
Tidak mampu memberi kata-kata semangat pada mereka,
Tidak mampu menghulurkan bantuan yang hebat pada mereka,
Tidak juga mampu menepuk belakang pelahan-lahan memujuk,

Aku hanya mampu jadi tempat luahan hati mereka,
Dan doa ikhlas untukmu sahabat...

Takziah atas kehilangan kamu,
Aku turut terasa pemergian beliau...

Sunday, August 29, 2010

Takkan pernah

Mereka takkan pernah tahu,
Sampai bila-bila pun takkan pernah tahu,

Kenapa ia berlaku...
Kenapa aku begini...
Apa aku inginkan...
Apa aku rasakan...
Apa telah berlaku...
Apa yang akan aku lakukan...

Aku terus membisu...
Kerana aku memang begini,
Hati ini telah aku pagarkan batu setinggi mungkin,
Tiada manusia dapat memanjatnya...

Mungkin ini saatnya aku menjaga hati sendiri,
Aku dah bosan melayan...