Sunday, June 16, 2013

Fb

Facebook bukanlah satu tempat untuk menulis segalanya,
Menulis segala apa dalam hati, segala kehidupan.
Berkongsi segala macam perasaan dan gambar.
Ia lebih banyak mengundang fitnah dari kebaikan,
Setiap yang membacanya tidak 100% akan memberikan kefahaman sama dengan apa yang kita tuliskan,
Dari situlah timbulnya fitnah.
Lebih teruk jika ia melibatkan rumah tangga.



Gambar mesra antara suami isteri paling tidak patut ada dalam fb.
Mahu menunjuk pada siapa? Menunjuk kamu sedang bahagia?
Pada 80% kenalan yang tidak kamu kenali.
Hubungan mesra antara suami isteri hanya untuk pasangan itu sahaja,
Tidak perlu dihebahkan, tidak perlu ditunjukkan pada orang lain.
Jika belum berkhawin lagilah bodoh tindakan itu.


Jadi jauhlah dari berkongsi segalanya di FB.
Jangan jadi bodoh
Kamu hanya akan nampak jelek dimata aku.

No comments: