Tuesday, February 23, 2010

Kaku daku keras beku

Minggu lalu salah seorang sahabat aku menjalani pembedahan pada jantungnya. Menukar Aorta jantungnya dengan plastik. Pembedahan ini jika dijumlahkan dari 200 orang, hanya 100 yang mampu dilakukan pembedahan. Dari 100 orang, 50 orang mati ketika pembedahan akibat kehilangan darah kerana tekanan dari jantung yang tinggi. Setiap pembedahan hanya mempunyai 50% kejayaan.

Dia hanya diberitahu perlu dilakukan pembedahan 2 minggu lalu. Seminggu sahaja masa sebelum pembedahan. Seminggu sahaja masa untuk melihat dunia jika pembedahan tak berjaya. Seminggu sahaja masa untuk ketawa atau menangis atau menyesal atau atau atau atau atau. Walau pembedahan kawanku berjaya, ia membuatkan aku berfikir. Jika aku mengetahui aku hanya mempunyai masa seminggu untuk hidup . Dengan amalan aku selama ini, tidak cukup rasanya seminggu itu. Mungkin aku boleh bertaubat dalam masa seminggu itu. Tapi, jika aku hanya mempunyai masa sehari, atau sejam, atau seminit?

Hanya api neraka rasanya tempatku. Hiduplah aku didalamnya sehingga aku dipanggil ke syurga selepas berjuta-juta tahun aku disiksa. Dengan tulisan ahli neraka didahi aku.

Takut, sejuk, mengigil, sebak, mual, perut masuk angin, nak muntah, mata berpinar, lemah lutut. Semua dirasai. Seperti ada satu bendalir asing mengalir ke seluruh tubuh aku bila aku teringat akan ini. Rasul kita, beribadat malam hari sehingga sakit kaki baginda, walhal sudah syurga dijanjikan pada baginda. Aku?

Kadang-kadang aku akan lupa apa yang aku rasai itu. Manusia memang pelupa dengan ibadah, ditiup suara ulik dari syaitan memang mengasyikkan. Aku cuma berharap, setiap kali aku melihat entri ini, segala rasa itu kembali. Agar aku takut dengan siksaanNya. Agar aku sentiasa ingat akan penciptaku. Amin

1 comment:

cik sepet said...

suke entry ini..setiap saat kite ingat akan kematian,dosa2 yg pernah kite wat,mohon keampunan dan berazam xkan ulangi lagi..setiap niat baik insya Allah Tuhan akan dengar dan tolong kite..^___^