Wednesday, October 6, 2010

Hanya Dunia

Dunia adalah ilusi,
Mencengkam hati muntahkan bisa,
Bisa yang membutakan mata hakiki,
Menutup semua pintu hati...

Bukakanlah mata hati..

Ingat asal sebelum terbentuk ilusi...

Sunday, September 26, 2010

Aku hanya ada satu hati

Hati aku satu,
Bentuk tak pernah berubah,
Hasrat berubah-rubah,
Tapi hati aku tetap satu...

Dalam dunia ini aku cuma perlukan satu hasrat,
Mati dalam keadaan beriman,
Itu saja,
Satu...

Aku cemburu pada mereka yang mati syahid...
Sungguh aku cemburu,
Mereka berani,
Kalau aku belum tentu aku berani.. Haih~
Target aku sekarang hanya satu,
Cinta pada yang Satu...

Tewas... Terus tewas..
Satu-satu tumbang,
Rebah menyembah dunia,
Dipijak muka pada jalan duri.
Aku mahu terus bangun.. Bangun..
Lepaskan segala yang hitam dalam hati ini,
Melekat, Dipahat pun belum tentu boleh keluar,
Tapi bukan maksud tidak boleh, kan?
Aku akan terus bangun.. Lekas bangun...

Dunia ini persinggahan... Kepada satu dunia kekal..
Akhirat...

Cakap banyak pun tak guna kan?? He..

"Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we must do." (Bruce Lee)

Tuesday, September 7, 2010

Sahabat

Aku jarang memberi panggilan sahabat pada rakanku,

Sangat jarang...

Jika ada pun rasanya sangat kecil bilangannya,
Setiap kata panggilan itu aku meneliti setiap maksudnya,
Apa sahaja berlaku padanya dapat aku rasai,
Mungkin tidak sekuat yang dirasainya,
Tapi sudah cukup kuat darah yang mengalir dari hati ini,

Aku mungkin tidak mampu berada di sisi mereka setiap masa,
Tidak mampu memberi kata-kata semangat pada mereka,
Tidak mampu menghulurkan bantuan yang hebat pada mereka,
Tidak juga mampu menepuk belakang pelahan-lahan memujuk,

Aku hanya mampu jadi tempat luahan hati mereka,
Dan doa ikhlas untukmu sahabat...

Takziah atas kehilangan kamu,
Aku turut terasa pemergian beliau...

Sunday, August 29, 2010

Takkan pernah

Mereka takkan pernah tahu,
Sampai bila-bila pun takkan pernah tahu,

Kenapa ia berlaku...
Kenapa aku begini...
Apa aku inginkan...
Apa aku rasakan...
Apa telah berlaku...
Apa yang akan aku lakukan...

Aku terus membisu...
Kerana aku memang begini,
Hati ini telah aku pagarkan batu setinggi mungkin,
Tiada manusia dapat memanjatnya...

Mungkin ini saatnya aku menjaga hati sendiri,
Aku dah bosan melayan...

Wednesday, August 25, 2010

Biarkan

Aku cuma mahu baring...
Melihat setiap peristiwa-peristiwa kaku,
Memancar pada permukaan syiling..

Tidak perduli titisan air mata,
Tidak mahu endah ukiran senyum jika ada,
Aku cuma mahu baring...

Kadang-kadang..
Aku mahu menjadi diri aku yang lama,
Penuh impian.. Penuh cita-cita,
Berjalan dengan penuh keyakinan...

Aku benci diri aku sekarang...

Aku benci aku sudah lepaskan apa yang sudah sempurna,
Aku benci aku tiada hati yang kukuh pada impian..

Dah terlambat ke aku sekarang???

Thursday, August 19, 2010

Hati mati

Aku cuma mahu baring,
Menangis,
Hilangkan semua ini,

Aku mahu menjadi bayi kembali,
Kosong,
Putih,

Dah jauh aku pergi ni...
Tak mampu nak berpatah dah,
Yang ada di depan hanya 2 jalan,
Dan setiap satunya ada pertalian,
Hasil silam juga..

Tiada jalan tengah yang kosong dan bersinar ke???

Tuesday, August 10, 2010

Iya

Betul,
Aku bukan sempurna,
aku slalu jatuh,
Tapi peganglah tangan ku,
Bukan menahan aku dari jatuh,
Tapi untuk aku berdiri,
Tanpa luka di lutut.. siku..
Aku takkan menjadi kuat,
Aku cuma mahu gengaman ketika aku berlari,
Ketika aku jatuh,
Gengaman membantu hati aku kuat,
Aku cuma manusia,
Lemah segala-galanya...


Gengamlah tanganku