Monday, August 24, 2009

Tolong..

Tolong..
Padamkan gelisah hati ini..
Seperti air terjun niagara yang tak henti-henti bergasak..
Seperti sedutan lohong hitam di horizon langit..
Terus menerus bergerak tanpa titik noktah..

Akukah yang memilih?
Ada sesuatukah zat jahat yang telah aku laksanakan??

Ini bukan aku..

Ini bukan mahuku..


...

Saturday, August 22, 2009

Biarkan tembok ini terus bertahan.

Semua ini salah aku..
Kerana aku takut..
Aku menahan gigilan tangan untuk menulis coretan baru dalam buku hidupku..
Walhal mata ini terus bertahan walau terkena habuk kaca..

Tapi aku terpaksa jua..
Kerana aku masih tidak kuat..
Aku tidak daya melihat air mata dari seorang wanita..
Aku tidak mampu membuatkan kamu bahagia..

Aku akan tetap tersenyum dari jauh agar kamu mampu tersenyum..
Senyum dalam kebahagiaan..
Bukan senyuman paksa untuk aku bahagia..
Kerana aku tidak mampu mengikat kotak hadiah sebegitu untukmu..

Aku dijadikan sebagai pelindung, bukan permusnah kamu..
Menyebabkan aku kecewa dengan diri ini..
Biarlah tembok ini terus dibina..
Walaupun ia bagai membakar ilustrasi seni pelukis agung..


Aku tidak mahu lagi,


Mendengar kutukan dari malaikat langit untukku..

...

Saturday, August 8, 2009

Api

Amarah itu api..
Dan api itu syaitan..

Mungkin aku membesar dengan api didalamku,
Membuatkan sekarang aku lebih senang berfikir apabila ia hadir.
Manusia yang kuat adalah orang yang boleh menahan amarahnya,
Kadang-kadang, aku bukan manusia itu...

Aku sering rasa nak tinggalkan semua apa yang aku ada sekarang,
Mulakan hidup baru,
Dengan nafas baru,
Kerana aku akan kecewa dengan persekitan aku...

Tapi.. Bagaimana baru pun aku ubah,
Walau lahir dengan ziodak berlainan pun aku wujud,
Dunia akan tetap sama,


Sekarang,
Lebih baik aku hidup untuk diri aku sahaja,

Aku tidak kesah berseorangan...


...

Thursday, August 6, 2009

Aku siri II

Aku bagaikan segitiga mustahil Oscar Reutersvärd.
Sangat susah ditafsirkan.

Aku yang bersalah.
Aku tak sepatutnya.
Mungkin tangan ini sudah banyak dosanya.
Mungkin hati ini sudah tiada pelanginya.

Tangan ini sudah tidak mampu mencapai cahaya.
Nampaknya tiada lagi kebaikan dalam sistem jiwa.
Tak mampu aku merasai naluri hati yang telah dicatat sejak masa azoikum.
Satu rasa suam, rasa yang menghangatkan dingin jiwa.

Berlayar tanpa arah,
Tanpa melihat kelipan bintang trapezium yang sering menjadi kemudi pelayar silam.
Walhal ia sering menjelma di horizon langit.
Sesat?

Tuhan..
Jangan biarkan tangan ini leka dari menadah simpati darimu.
Jangan biar dahi ini lekang dari tanah ibadatmu.

Tiada yang mustahil untuk sesuatu.
Pasti ada jawapannya.
Walau aku tahu jawapannya.
Jauh disatu ruang minda...


...